KOTA BHARU: Keputusan seorang bekas guru vokal mengubah kerjaya menjadi pengusaha sebuah kafe yogurt beku dinamakan Froogurtz, telah membuahkan hasil lumayan apabila perniagaannya itu meraih keuntungan mencecah RM100,000 sebulan.
Bercakap kepada Bernama, Mohamad Hafizuddin Che Soh, 29, nekad kembali menetap serta mencari rezeki di tempat kelahirannya di sini setahun lepas, apabila terpaksa berhenti sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur susulan institusi pendidikan itu terkesan oleh pandemik COVID-19.
"Saya mengajar di sekolah itu bermula 2018 hingga pertengahan tahun lepas.
"Namun, apabila COVID-19 melanda dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dilaksanakan pada Mac tahun lepas, sekolah terpaksa ditutup dan menghentikan sementara khidmat guru-guru kontrak termasuk saya.
"Pada waktu itu, agak sukar untuk bertahan dan simpanan pun semakin kurang.
"Disebabkan itu, saya buat keputusan balik Kelantan dan menetap bersama ibu bapa di Kota Bharu dan fikir untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan," kata siswazah Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.
Namun, ibarat ungkapan 'rezeki tidak pernah salah alamat', pemuda itu meluahkan rasa syukur kerana yogurt beku yang dihasilkan menggunakan resipinya sendiri mendapat sambutan daripada penduduk Kelantan, sejak Froogurtz mula dibuka pada 1 Nov 2020.
"Alhamdulillah, penerimaan pelanggan sangat memberi kejutan yang luar biasa buat saya kerana ada yang sanggup datang setiap hari untuk kembali membeli, malah ada juga yang sanggup datang dari jauh untuk membeli Froogurtz.
"Bahkan, semasa Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan di Kelantan, jumlah pelanggan juga semakin bertambah berbanding sebelum ini," katanya sambil menambah kedainya di Kubang Kerian yang terletak lima kilometer dari Pusat Bandar Kota Bharu, sentiasa didatangi pelanggan atau 'full house' setiap hari.
Froogurtz adalah gabungan ayat antara 'frozen' (beku) dengan 'yogurt' dan ia merupakan satu-satunya kafe di Kelantan yang memperkenalkan yogurt beku ataupun aiskrim yogurt dengan dijual pada harga serendah RM6 hingga RM17.
Keenakan Froogurtz dengan kombinasi rasa masam dan manis itu, turut dinikmati bersama 40 jenis topping atau hiasan pilihan menarik, terdiri daripada pelbagai buah-buahan, bijirin, biskut serta sos manisan seperti coklat atau madu yang 'menghiasi' lingkaran yogurt beku itu.
Mengulas lanjut, anak bongsu daripada lima beradik itu berkata tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan tersebut kerana beliau merupakan pencinta tegar yogurt beku sewaktu belajar di UiTM, Shah Alam, Selangor, pada 2010 hingga 2016.
"Boleh dikatakan hampir setiap minggu saya akan membeli makanan ini di sebuah outlet yogurt beku terkemuka di sana.
"Jadi ketika saya pulang menetap di Kelantan, saya melihat tiada lagi perniagaan makanan ini diusahakan mana-mana pihak, tidak kiralah jenama antarabangsa mahupun tempatan.
"Jadi saya mengambil peluang ini untuk menjadi pencetus pertama memulakan perniagaan yogurt beku secara kecil-kecilan dahulu dengan menjualnya di sebuah kiosk di dalam rumah kedai dekat Bandar Baru Tunjong sehinggalah berpindah di lot kedai yang lebih besar bermula 1 Mac lepas," katanya yang kini menggajikan seramai enam pekerja.
Mohamad Hafizuddin turut berkata ketika ini, beliau dalam persiapan untuk membuka cawangan kedua Froogurtz di Wakaf Bharu yang dijangka beroperasi awal Ogos ini dan juga merancang untuk melebarkan 'sayap' perniagaannya di semua daerah di Kelantan, malah di seluruh Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 11 2021

Mohamad Hafizuddin berkata dia dalam persiapan untuk membuka cawangan kedua Froogurtz di Wakaf Bharu yang dijangka beroperasi awal Ogos ini. -Facebook Froogurtz

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Hikmah' PKP, bekas guru vokal raih pendapatan enam angka jual yogurt
Mohamad Hafizuddin berkata dia dalam persiapan membuka cawangan kedua Froogurtz di Wakaf Bharu yang dijangka beroperasi awal Ogos ini.

Biarpun baru mengenali Sandra, pertemuan itu sangat indah - Cikgu Shafi
Itulah luahan guru vokal Big Stage 2020 Syafizawati Sharif, ketika berkongsi rasa sedih terhadap pemergian penyanyi, Sandra Dianne.