Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini berkata bayaran hibah bagi tahun 2018 kepada pendeposit Tabung Haji (TH) dijangka akan diumumkan Mac ini.
"Yang itu (bayaran hibah [dividen]) kena tunggu, mungkin Mac ini. Saya difahamkan menurut amalan biasa jika telah tutup akaun ia mungkin akan bermula (bayar) hujung Februari atau mungkin awal Mac atau pertengahan Mac akan diumum," katanya pada sidang media di Menara Tabung Haji di sini.
Sebelum ini TH mula melaksanakan pelan menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira yang mencatatkan defisit lebih RM4.1 bilion pada 2017 dan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari lepas bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan.
Mujahid dipetik sebagai berkata sejak 2014, TH telah gagal memenuhi dua syarat yang membolehkan pembayaran hibah dilakukan -- dua syarat itu adalah aset tidak boleh kurang daripada liabiliti dan perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan.
Sementara itu kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama bagi musim ini meskipun berdepan cabaran kewangan, katanya.
BACA: Langkah pemulihan TH membuahkan hasil - Mujahid
Beliau memberi jaminan pengekalan subsidi jemaah berkenaan tidak akan menjejaskan pembayaran hibah.
Mujahid berkata sehubungan itu bayaran bagi mengerjakan haji kali pertama bagi golongan jemaah itu masih kekal RM9,980 seorang.
"Meskipun berdepan pelbagai cabaran, Tabung Haji berusaha menanggung subsidi lebih daripada RM306 juta, ia susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji lalu," katanya.
Mujahid berkata dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini Tabung Haji telah menanggung subsidi melebihi RM1 bilion bagi menampung jemaah haji mengerjakan ibadat tersebut.
Mengulas mengenai kuota haji bagi musim ini, beliau berkata berdasarkan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi, kuota haji adalah kekal pada 30,900 seperti tahun lalu.
"Memang kami ada berbincang untuk menambah kuota berdasarkan 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara ini iaitu 31,300, tetapi terdapat beberapa kekangan di pihak kerajaan Arab Saudi membuatkan kuota itu tidak dapat dipenuhi," katanya.
Berkenaan dengan rayuan haji, Mujahid berkata ia akan berjalan seperti biasa, namun sebarang keputusan akan mengambil prinsip istito'ah (berkemampuan) dalam pertimbangan meluluskan rayuan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 14 2019
Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama bagi musim ini meskipun berdepan cabaran kewangan. - Gambar hiasan
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.
Arab Saudi hantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan pada Sabtu.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
Arab Saudi mulakan pembinaan Mukaab
Media antarabangsa melaporkan projek bernilai $50 billion (RM237.5 billion) itu dijangka siap sepenuhnya pada 2030.
Kelayakan Piala Dunia: Roberto Mancini, Arab Saudi berpisah
Mancini bergelut untuk memberikan impak sepanjang peranannya sebagai ketua jurulatih apabila hanya memenangi tujuh daripada 18 perlawanan.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin
Kerajaan Arab Saudi komited sokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.