“Hentikan pembakaran hutan demi penanaman kelapa sawit. Ia membunuh orang utan dan haiwan yang lain kerana ia merupakan habitat mereka.”
Demikian ungkapan pakar konservasi terkemuka dunia, Dr Jane Goodall yang mengulas mengenai kelestarian penghasilan minyak kelapa sawit.
Saranan tersebut diungkitkan bagi menyaran mengingatkan warga dunia agar tidak lagi memusnahkan hutan hanya demi mendapatkan minyak kelapa sawit.
“Jangan lagi memusnahkan hutan demi penanaman kelapa sawit!
“Pindahkan ladang kelapa sawit baharu di tapak hutan lama dan biarkan hutan tersebut hidup kembali, jika ia belum dimusnahkan terlalu lama,” kata Goodall pada sesi soal jawab dalam pertemuan dengannya pada Khamis.
Turut hadir ialah Presiden Program Anugerah 'Roots & Shoots Malaysia', TP Lim dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari.
Tegasnya, kemusnahan hutan membunuh orang utan dan haiwan lain kerana ia merupakan habitat asal mereka.
“Kita sungguh angkuh.
“Hanya kerana kita ingin mendapatkan minyak kelapa sawit, kita membunuh orang utan dan habitat orang utan,” tegasnya.
Sebelum ini, Kesatuan Eropah mengenakan sekatan terhadap penggunaan komoditi tersebut sebagai usaha membendung penebangan hutan.
Namun, pada Selasa, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan yang mengaitkan penanaman kelapa sawit dengan penebangan hutan adalah tidak wajar kerana tanaman tersebut ditanam di tanah yang ditetapkan.
BACA: CPOPC desak WTO campur tangan isu diskriminasi minyak sawit - Tun Mahathir
Dalam perkembangan lain, apabila ditanya tentang ancaman terhadap alam sekitar yang paling serius, Goodall berkata ia merupakan krisis iklim.
“Isu krisis iklim menjejaskan warga dunia dan kami perlu membentuk pasukan untuk menangani masalah yang membawa kepada krisis iklim ini,” katanya.
Isabelle Leong
Thu Nov 21 2019
GOODALL: Hentikan pembakaran hutan demi penanaman kelapa sawit! Ia membunuh orang utan dan haiwan yang lain kerana ia merupakan habitat mereka. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Mattel lancar patung Barbie ahli primatologi terkenal Jane Goodall
Diperbuat daripada plastik dikitar semula, ia merupakan sebahagian daripada Siri Wanita Berinspirasi syarikat itu.
Hentikan pembakaran hutan demi penanaman kelapa sawit! - Dr Jane Goodall
Pakar konservasi terkemuka dunia, Dr Jane Goodall menyeru agar pembakaran hutan bagi penanaman kelapa sawit dihentikan.
Isu alam sekitar: Setiap orang mampu lakukan perubahan - Dr Jane Goodall
Keupayaan media sosial, televisyen dan filem dapat menggandakan setiap tindakan individu, kata pakar konservasi.