KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) digesa menghentikan pelaksanaan program rintis pembayaran bantuan kebajikan tanpa tunai, JKMPay.
Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi berkata pelaksanaan JKMPay yang merupakan inisiatif ke arah pendigitalan dalam menyampaikan bantuan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) itu tidak langsung mendapatkan sebarang pandangan terlebih dahulu daripada komuniti itu sendiri.
Dalam kenyataannya hari ini, beliau memohon pembayaran EPOKU (EPC) sebanyak RM450 secara tunai dikembalikan bermula bulan ini, memandangkan ia telah menyebabkan ramai OKU mengalami kesulitan dalam pelbagai perkara.
"Saya mohon pertimbangan sekali lagi, agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Kebangsaan OKU dengan kadar segera. Pada waktu yang sama, JKM diharap dapat mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan atau persatuan berkaitan komuniti OKU, bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berkenaan pelaksanaan JKMPay.
"Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa 'nothing about us, without us', jika ingin melakukan sesuatu perkara yang baik dan bernas buat OKU. Sila bertanya dan berbincang terlebih dahulu dengan kami mengenai keperluan kami. Ini adalah kerana, hanya OKU faham akan keperluan OKU," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dilaporkan berkata projek rintis JKMPay yang telah dilaksanakan hampir setahun masih lagi di peringkat kajian sebelum dilaksanakan secara meluas di seluruh negara.
Sementara itu, Ras Adiba berkata sejak kebelakangan ini, banyak isu atau permasalahan berkenaan OKU tercetus dan sudah tiba masanya KPWKM merealisasikan penaiktarafan Jabatan Pembangunan OKU sebagai sebuah jabatan penuh dan pengarahnya mestilah daripada kalangan OKU.
"Ini adalah bagi memastikan pembangunan dan pemerkasaan OKU dapat dilakukan dengan baik, saksama dan adil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022

KPWKM digesa menghentikan pelaksanaan program rintis pembayaran bantuan kebajikan tanpa tunai, JKMPay, kata Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi. - Gambar fail/BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

JPW laksana 734 program tahun lepas, bantu lebih 17,000 wanita dalam aktiviti ekonomi
KPWKM menerusi JPW telah melaksanakan 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.

Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.

Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.

KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
KPWKM menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.

KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.

Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.

25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.

KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.