BENTONG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihatkan agar segala aktiviti di kawasan berisiko terjadinya kepala air dan tanah runtuh dihentikan buat sementara ketika negara sedang mengalami peralihan ke Monsun Timur Laut.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata agensi atau mana-mana badan yang mengawal selia tempat berkenaan termasuk pemilik pusat peranginan di tepi sungai perlu menghentikan aktiviti di kawasan terbabit bagi mengelak pengunjung terperangkap jika berlakunya bencana.
Beliau berkata bagi individu yang masih ingin melakukan aktiviti seperti mendaki atau berkhemah di kawasan berisiko itu dinasihatkan membawa alat komunikasi supaya boleh memberitahu lokasi mereka dengan tepat kepada pasukan penyelamat jika terjadi sesuatu tidak diingini.
"JBPM telah melakukan program libat urus dengan pemimpin tempatan di kawasan bukan hotspot banjir bagi memastikan jabatan berkenaan lebih bersedia bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan bulan hadapan sehingga Mac tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat Latihan Ex-Genting di sekitar Terowong Genting Sempah di sini, awal pagi tadi.
Mohammad Hamdan berkata melalui program itu pemimpin tempatan boleh menyalurkan maklumat mengenai kenaikan paras air sungai, keadaan cerun dan situasi hujan di kawasan mereka kepada JBPM sebagai langkah persediaan.
"Pada tahun lepas kita tidak sangka kawasan seperti Taman Sri Muda di Selangor, Bentong (Pahang) dan Maran (Terengganu) akan mengalami banjir besar dan kejadian tanah runtuh serta kepala air, jadi tahun ini saya percaya kita lebih bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan," katanya.
Beliau berkata cuti anggota bomba di negeri pantai timur akan dibekukan mulai pertengahan bulan hadapan sehingga hujung Disember bagi menghadapi banjir yang dijangka berlaku, dan hanya hal kecemasan diberikan pertimbangan untuk bercuti.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim berkata pihak NADMA telah selesai mengadakan enam bengkel mengenai pengurusan banjir di seluruh negara melibatkan zon utara, selatan, tengah, timur, Sabah dan Sarawak.
"Ada beberapa lagi bengkel NADMA belum selesai, tetapi dari segi persiapannya kita telah bersedia," katanya yang turut hadir pada program latihan tersebut.
Mengenai latihan berkenaan, Meor Ismail berkata ia melibatkan latihan tiga simulasi kecemasan membabitkan kemalangan kenderaan, kebocoran bahan kimia berbahaya dan tanah runtuh bagi melihat tahap kesiapsiagaan semua agensi berkaitan.
"Kira-kira 400 individu daripada Kementerian Kesihatan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JBPM Pahang dan NADMA terlibat dalam latihan ini yang boleh disifatkan amat berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
Agensi atau badan yang mengawal selia termasuk pemilik pusat peranginan di tepi sungai perlu menghentikan aktiviti di kawasan yang berisiko terjadi insiden kepala air dan tanah runtuh. - Gambar fail
Kerjasama hidrogen Petros, Petronas disokong oleh teknologi Jepun - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama Petros dan Petronas dalam tenaga alternatif hidrogen di Sarawak akan disokong oleh teknologi Jepun.
#AWANInews
#AWANInews
Supercopa de Espana: Real Madrid tentukan kejuaraan bertemu Barcelona
Real Madrid akan menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Supercopa de Espana selepas menewaskan Mallorca 3-0, awal pagi tadi.
Usaha Jepun untuk Gaza sangat bermakna untuk Malaysia, umat Islam - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong inisiatif Jepun untuk menjadi pengerusi bersama persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai.
"Ia membabitkan isu pembangunan semula Gaza dan Palestin", katanya.
#AWANInews
"Ia membabitkan isu pembangunan semula Gaza dan Palestin", katanya.
#AWANInews
179,000 dipindahkan susulan kebakaran hutan di Los Angeles
Ramalan cuaca melanjutkan amaran merah sehingga 6 petang waktu tempatan pada Jumaat di daerah Los Angeles dan Ventura.
Niaga SPOTLIGHT: Business Trends 2025: Balancing Life & Technology
The complex relationship between people and technology in 2025 is underscored by inflation and the cost-of-living crisis, driving consumer behaviour towards working smarter, not harder this year.
NIAGA SPOTLIGHT features Azwan Baharuddin, Country Managing Director, Accenture discussing key findings from their latest Life Trends 2025 Report: The Parent Trap, Impatience Economy, Dignity of Work and Social Rewilding, which highlight the global pursuit for a more balanced relationship with technology across age demographics.
NIAGA SPOTLIGHT features Azwan Baharuddin, Country Managing Director, Accenture discussing key findings from their latest Life Trends 2025 Report: The Parent Trap, Impatience Economy, Dignity of Work and Social Rewilding, which highlight the global pursuit for a more balanced relationship with technology across age demographics.
Misteri bau busuk bawa penemuan mayat seorang lelaki
Mayat lelaki berusia 68 tahun ditemui mati dalam keadaan berbaring di atas katil di dalam bilik rumahnya.
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Kematian bayi di Taska: Srikandi Bersatu gesa beri perhatian serius, kemuka empat cadangan
Srikandi Bersatu cadang penubuhan Unit Khas Pengawasan di bawah kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Awang Putrayusrie Pengarah UKAS baharu
Bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Biden beri penghormatan kepada bekas Presiden Carter di pengebumian negara
Biden berkata, persahabatannya dengan Carter telah mengajarnya erti keperibadian lebih berharga berbanding gelaran atau kuasa.
Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup atas faktor keselamatan
Kawasan rekreasi terkenal Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup kepada orang ramai atas faktor keselamatan.
Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas
Perkara itu dikongsikan adiknya mengenai kenangan akhir bersama arwah selepas menerima gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Jumaat.
Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang
Muhamad Nazri berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu banyak membantu keluarga terutama dalam hal ehwal penjagaan ibu bapa mereka.
Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga kematian.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Kebun sawit dipenuhi pasir selepas banjir
Pasir dan batu kecil dihanyutkan ke kawasan kebunnya yang terdapat kira-kira 80 pokok sawit selepas tembok batu di tebing sungai runtuh.