IPOH: Perkhidmatan Pasukan Doktor Udara (PDU) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta ditangguhkan sementara, susulan kejadian helikopter terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Brinchang, Cameron Highlands, semalam.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia bagi menunggu penilaian keselamatan dan perbincangan dengan syarikat penerbangan, selain proses kaunseling untuk sebuah lagi pasukan PDU PKD terbabit supaya yakin meneruskan perkhidmatan.
"Pasukan ini yang memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman terutama perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, Hulu Perak serta kawasan-kawasan berhampiran kemungkinan akan disambung semula dalam beberapa hari.
"Perkhidmatan pasukan ini sangat penting kerana diberikan secara harian kepada mereka yang terputus dengan fasiliti kesihatan disebabkan keadaan muka bumi mencabar dan jarak yang jauh," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat enam mangsa insiden itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.
Kejadian itu melibatkan juruterbang Kapten Fedzrol Norazam, 43, dan lima kakitangan Kementerian Kesihatan iaitu Pegawai Perubatan Munirah Abd Rahman, 53, Jururawat Masyarakat Hashilawati Hussin, 43, Jururawat Staf Norhasikin Abu Seman, 38, Pembantu Kesihatan Awam Zainurol Fazlan Zainudin, 40, dan Penolong Pegawai Perubatan Muhamad Azlan Hanifah, 31.
BACA: Helikopter terhempas bawa Pasukan Doktor Udara rawat Orang Asli - Khairy
BACA: Pesawat terhempas di Cameron Highlands, kes ketiga dilaporkan tahun ini
Khairy berkata helikopter yang digunakan dalam pasukan itu bukan milik KKM tetapi disewa daripada syarikat yang berlesen dan berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta melalui semua semakan keselamatan.
"Berdasarkan laporan polis dan pihak berkuasa, kejadian dipercayai bukan berkaitan dengan pesawat tetapi ada kaitan dengan cuaca dan Kapten Fedzrol telah memastikan pesawat dapat mendarat dengan selamat disebabkan cuaca amat buruk ketika itu.
"Kita serah siasatan kepada polis dan pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan mereka," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat penerbangan carter itu untuk memastikan perkhidmatan tersebut dapat diteruskan walaupun pada musim tengkujuh.
Katanya kesemua mangsa kini dalam keadaan stabil hasil tindakan pantas pasukan penyelamat dan perubatan di lokasi kejadian.
Amirrul Rabbani
Thu Oct 27 2022

Khairy melawat mangsa insiden helikopter terhempas di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang
Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter yang terhempas di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur hari ini.

Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat
Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden nahas helikopter pengangkut.

Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.

Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.

Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
Sebuah helikopter terhempas di hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.

5 cedera helikopter Tentera Laut Filipina terhempas
Lima orang termasuk dua juruterbang, cedera selepas sebuah helikopter Tentera Laut Filipina terhempas pada Khamis di sebuah lapangan terbang di wilayah Cavite, selatan Manila.

Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.

Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban
Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad.

17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Rusia ditemui
Sebanyak 17 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan pada Ahad di lokasi kejadian.

Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel
Sebuah helikopter terhempas di atas bumbung sebuah hotel di Queensland Utara, Australia awal pagi Isnin, mengakibatkan juruterbangnya maut manakala dua individu lain cedera, lapor Xinhua.