KUALA LUMPUR: Helah tiga lelaki tempatan menyamar sebagai anggota polis untuk melepaskan diri ketika diperiksa oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) membawa padah apabila mereka ditahan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Subang Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, berkata dalam kejadian pada jam 10.10 malam itu, polis mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki oleh tiga suspek berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
"Semasa ditahan, salah seorang daripada suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis tetapi gagal mengemukakan kad kuasa sebagai bukti dan hasil pemeriksaan lanjut, polis telah menemukan sebuah beg hitam yang mengandungi pelbagai barangan kelengkapan polis.
"Antaranya sepasang gari, kad pas polis berserta gambar dan nombor badan, lencana besi lambang polis dan rantai Polis Antarabangsa (Interpol). Ketiga-tiga suspek gagal memberikan keterangan yang munasabah berkenaan barangan tersebut," katanya, dalam kenyataan, pada Selasa.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek berusia 18 hingga 31 tahun itu direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara serta denda.
Dalam perkembangan lain, Wan Azlan berkata seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan kerana disyaki memecah masuk ke dalam sebuah rumah di sekitar Subang Jaya, pada pagi Sabtu lalu, mengakibatkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM5,800.
Katanya, suspek berjaya ditahan di belakang sebuah restoran di Jalan SS15/8a,Subang Jaya, pada jam 11.30 pagi semalam dan hasil penahanan, polis merampas beberapa barangan termasuk milik mangsa.
"Siasatan awal mendapati suspek memilik lapan rekod jenayah dan satu rekod dadah. Dia kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023

ACP Wan Azlan berkata dalam kejadian pada jam 10.10 malam itu, polis mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki oleh tiga suspek berkenaan dalam keadaan mencurigakan. -Gambar fail/Bernama
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.

Lelaki tempatan ditahan menyamar polis, samun keluarga warga asing
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang.

Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.

Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Dua ditahan peras ugut, menyamar polis sasar warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan kes pemerasan dan penyamaran sebagai anggota polis di Bandar Tenggara di sini semalam.

Lelaki menyamar anggota PGA dicekup, positif dadah
Batalion 9 PGA Briged Tenggara berjaya mencekup seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota pasukan itu di sini pada Rabu.

Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pengurus syarikat kerugian RM108,750 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Komunikasi dan pegawai polis.

Dua individu menyamar polis samun warga Myanmar dipenjara setahun, tiga sebatan
Dua individu hari ini dihukum penjara setahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Myanmar dua bulan lepas.

Empat rakan didakwa rompak berkumpulan, menyamar sebagai polis
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hampir sebulan baru sedar ditipu 'Inspektor Hazizi'
Mangsa berusia 36 tahun itu hanya sedar dirinya ditipu setelah hampir sebulan dan melakukan tujuh pindahan wang ke enam bank berbeza.