Pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sememangnya tidak memiliki kotak hitam merupakan antara cabaran terbesar kepada TUDM dalam mengumpul bukti dan menyiasat tragedi nahas pesawat itu, kata Panglima TUDM Jen Datuk Seri Affendi Buang.
Beliau berkata, pesawat berkenaan yang tidak memiliki kotak hitam adalah kerana untuk melindungi operasi ketenteraan TUDM dalam menjalankan sebarang misi.
"Kebanyakan pesawat TUDM yang sedia ada sebelum ini tidak memiliki kotak hitam dan TUDM mempunyai kaedah tersendiri bagi menentukan punca nahas.
"Apabila berlaku perkara sedemikian (pesawat Hawk 108 terhempas) ia memberi cabaran kepada kami untuk menyiasat kes ini tetapi alhamdulillah TUDM dapat mengumpul bukti awal melalui radar pengesan," katanya pada sidang akhbar ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah, Chukai di Kemaman, Terengganu di sini.
Ditanya mengenai tempoh mengeluarkan rangka utama pesawat itu, Affendi berkata ia dijangka memerlukan masa dua hingga tiga hari.
Dalam pada itu, Affendi berkata pesawat berkenaan dipercayai jatuh laju dari paras tinggi berdasarkan kepada fizikal permukaan lubang tanah nahas pesawat itu yang dalam.
"Buat masa ini TUDM tidak boleh menganggarkan berapa kedalaman tanah yang di dalamnya masih terdapat rangka utama pesawat berkenaan.
"Oleh itu, kami memanggil pakar dari Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) bagi melihat struktur permukaan tanah nahas itu yang berpaya serta menentukan punca nahas," katanya.
Affendi berkata pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengawal rapi selama 24 jam di kawasan nahas bagi mengelakkan diceroboh orang luar serta bahan bukti terjejas.
Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar lokasi nahas pesawat itu mendapati kerja-kerja mencari bahan bukti masih berjalan seperti biasa serta berbau bahan bakar pesawat itu yang kuat.
Tragedi nahas itu mengorbankan dua juruterbang TUDM, Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.
Pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi Khamis sebelum terputus hubungan setengah jam kemudian.
Mayat kedua-dua mangsa ditemukan pada 2.30 petang di hutan paya Kampung Yak Yah pada hari sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2017

Pesawat berkenaan yang tidak memiliki kotak hitam adalah kerana untuk melindungi operasi ketenteraan TUDM dalam menjalankan sebarang misi. - Foto Bernama

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Pesawat TUDM terbang rendah di sekitar KLCC esok
Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau jika melihat pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) mulai pagi esok.

Hawk 108 tiada kotak hitam, cabaran bagi pasukan penyiasat TUDM
Pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sememangnya tidak memiliki kotak hitam merupakan antara cabaran terbesar kepada TUDM dalam mengumpul bukti.

TUDM nafi tular dakwaan pesawat Hawk 108 bermasalah
Markas Tentera Udara dalam kenyataan hari ini berkata pesawat itu telah melalui proses penerbangan pemeriksaan pasca senggaraan dua hari sebelum kejadian nahas tersebut.

Foto anak arwah Mejar Yazmi menangis dalam dakapan Tunku Azizah undang sebak
Beberapa siri foto anak sulung Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Mikhail Adam Riaz, 11, menangis dalam dakapan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mengundang sebak orang ramai.

Rangka pesawat Hawk 108 berjaya dikesan
Rangka pesawat tersebut dijumpai berdekatan Kampung Yak Yah, Chukai, Kemaman pada jam 10.27 pagi tadi.

Nahas Hawk 108: Selesaikan pencarian sebelum Syawal - Panglima Angkatan Tentera
Ia bagi mempercepatkan proses siasatan untuk mengetahui punca sebenar tragedi yang meragut nyawa dua juruterbang pesawat TUDM.

TUDM gantung operasi latihan Hawk MK108 - Panglima Tentera Udara
TUDM memutuskan untuk menggantung semua operasi latihan atau penerbangan pesawat jenis Hawk MK108.

Nahas Hawk 108: Perdana Menteri ucap takziah, janji siasatan terperinci
Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah ke atas keluarga dua juruterbang pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108.

Dua juruterbang pesawat TUDM Hawk 108 disahkan meninggal dunia
Dua juruterbang pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 yang dikhuatiri hilang sebelum ini, disahkan meninggal dunia.