KLANG: Keseronokan dua individu lelaki selepas menyamun seorang warga emas tidak bertahan lama apabila kedua-duanya berjaya diberkas polis dalam tempoh kurang 24 jam.
Kejadian pada Jumaat lalu di sekitar Klang itu berlaku apabila mangsa yang merupakan seorang pesara kerajaan berusia 60-an disamun dua individu bersenjatakan parang ketika dalam perjalanan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurul Huda Mohd Salleh berkata, perbuatan suspek bagaimanapun berjaya dirakam kamera litar tertututp (CCTV) di surau berkenaan.
“Hasil risikan polis telah berjaya menangkap dua suspek terlibat yang seterusnya memandu arah pihak polis ke lokasi barangan peribadi yang dibuang lebih kurang tiga kilometer dari lokasi kejadian.
“Kereta telah disorokkan di tempat letak kenderaan sebuah flat di Kapar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Nurul Huda, kedua-dua suspek berusia antara 20 dan 30an itu turut mempunyai 13 rekod jenayah lampau antaranya berkaitan kes dadah, pergaduhan curi kenderaan, dan samun.
Tangkapan turut membawa kepada rampasan sebuah motosikal dan kenderaan dipercayai hasil kegiatan menyamun.
Kedua-dua suspek juga baru sahaja tamat tempoh menjalani hukuman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.
Mereka direman selama lima hari bermula 3 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Hilmi Malik
Mon Jul 05 2021
Suspek menunjukkan lokasi pembuangan barang peribadi mangsa sebaik sahaja melakukan kegiatan samun.
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kejadian samun di kediaman penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Pagoh, awal pagi semalam.
Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu
Kedua-dua suspek berjaya melarikan wang perniagaan kedai serbaneka berkenaan termasuk barang kemas milik mangsa.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.