Pelawak popular, Harith Iskander malam ini menerima penghargaan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai pengiktirafan atas kejayaannya menjadi The Funniest Person In The World.
Pengiktirafan itu membolehkan Harith, 50, menerima trofi penghargaan yang disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di sini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.
Pada 10 Dis lepas, Harith diumumkan juara pertandingan Laugh Factory Funniest Person in the World di Finland setelah menewaskan empat finalis lain, sekali gus membolehkannya menerima hadiah US$100,000 (RM443,000).
Sementara itu, Harith ketika ditemui pemberita berkata beliau berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia atas penghargaan itu.
"Saya masih terkejut dengan apa yang berlaku dan sepanjang 26 tahun bergelar anak seni, inilah penghargaan tertinggi yang saya terima," katanya.
Menjelaskan mengenai perancangan masa depan, Harith berkata beliau akan melakukan persembahan komedi dalam jelajahnya di Amerika Syarikat sebagai memenuhi syarat penganjur pertandingan bermula Februari ini.
"Peluang mengadakan persembahan di sana akan saya gunakan untuk meletakkan lawak solo Malaysia pada standard yang lebih tinggi supaya ia lebih dikenali," katanya.
Harith berkata beliau merancang mengadakan konsert besar-besaran pada akhir tahun ini untuk mengetengahkan bakat solo komedi tempatan bagi memperkembangankan lagi industri itu di negara ini.
Bernama
Mon Jan 02 2017
harHarith Iskander menerima penghargaan daripada KKMM sebagai pengiktirafan atas kejayaannya menjadi The Funniest Person In The World. - fotoBERNAMA
Golongan rentan terima bantuan SKAS secara automatik ke akaun bank
Penerima SKAS dalam kalangan golongan rentan akan menerima bantuan secara kredit automatik ke akaun bank masing-masing.
Kerajaan Sabah komited bantu bina lebih banyak sekolah pendidikan khas
Usaha mewujudkan lebih banyak sekolah pendidikan khas adalah usaha dan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan keupayaan membantu murid berkeperluan pendidikan khas, sekali gus membolehkan golongan ini seiring dengan rakan sebaya.
Luruan monsun: Hujan lebat diramal di Sarawak, timur Sabah
MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak berkuat kuasa pada 10 hingga 12 Januari 2025.
Percepat siasatan penemuan objek disyaki bom di Pulau Sibuan
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal turut meminta supaya tindakan pelupusan objek yang disyaki bom itu dipercepatkan.
Penemuan objek disyaki bom: Polis masih jalankan siasatan
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia masih dalam tindakan pengesahan.
SPRM Perlis tahan dua kakitangan badan berkanun disyaki seleweng RM600,000
SPRM Perlis menahan dua kakitangan sebuah badan berkanun di negeri itu, termasuk seorang pengurus akaun, selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000.
Lima substrategi NACS berjaya dicapai sejak dilancarkan tahun lepas - SPRM
Sebanyak lima daripada 60 substrategi di bawah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 telah dicapai.
Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Presiden Yoon akan hadir perbicaraan jika didakwa atau waran tangkap dikeluarkan
Kenyataan itu dibuat oleh seorang daripada peguam Yoon, Yun Gap-keun, ketika presiden yang didakwa itu berdepan percubaan kedua untuk ditahan.
Blogger, pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab - Salleh
Kerajaan akan bertindak untuk kembalikan keadaan sewajarnya dalam penggunaan internet jika blogger dan pengguna media sosial gagal bertanggungjawab.
UMNO, BN tiup semangat kesamarataan - Salleh
Hanya UMNO dan BN yang boleh meniup semangat kesamarataan manakala yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan.
Sokongan rakyat perlu untuk awasi ancaman ekstremisme - Salleh
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sokongan dan kerjasama rakyat perlu bagi mengawasi ancaman ekstremisme di negara ini.
Forex: Kabinet putuskan penubuhan RCI tanpa niat politik - Salleh
Penubuhan RCI dijangka merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lepas.
Rakyat di Sabah perlu beri mandat kepada BN pada PRU ke-14 - Salleh
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat di Sabah perlu memberi mandat kepada kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan BN penting demi keharmonian - Salleh
Sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak penting demi keharmonian dan pembangunan negara, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Di sebalik spekulasi, UMNO Sabah memang bersedia hadapi PRN awal - Salleh
UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, di sebalik spekulasi yang tersebar, kata Datuk Seri Dr Salleh.
Kit Siang tidak setaraf dengan PM Najib untuk berbahas - Salleh
Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbahasan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
BN pilihan terbaik rakyat - Salleh Keruak
BN, yang sekian lama merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara, merupakan pilihan terbaik untuk dipilih rakyat pada PRU ke-14.
Kerajaan tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum - Salleh
Beliau berkata sebaliknya rakyat di Malaysia bebas mengamalkan mana-mana agama dan perayaan masing-masing.