Bangkai seekor harimau dahan dengan kaki kanannya dipercayai mati akibat tertusuk dawai jerat dijumpai di Kampung Sarok, Rancangan Penempatan Sementara (RPS) Dala, dekat sini pada petang Khamis.
Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Wan Shaharuddin Wan Nordin ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penemuan haiwan terlindung berkenaan.
Jelasnya, penemuan bangkai harimau jantan dianggarkan seberat antara 20 hingga 25 kilogram itu merupakan kes pertama harimau dijerat di negeri tersebut.
Katanya, bangkai harimau jantan yang berusia di antara 8 hingga 10 tahun itu juga dipercayai telah mati dua hari yang lepas.
Sementara itu, sebuah kenyataan media daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut mengesahkan penemuan haiwan tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata Perhilitan daerah Gerik juga menjalankan pemeriksaan di keseluruhan kawasan tersebut bagi mencari dan memusnahkan jerat-jerat yang masih ada.
“Penggunaan jerat merupakan tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan kerana boleh menyebabkan kepupusan pelbagai spesies hidupan liar secara drastik.
“Ia juga boleh mendatangkan kecederaan serius bukan sahaja pada hidupan liar malah berisiko memberi ancaman kepada manusia yang melalui kawasan yang dipasang jerat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada petang Jumaat.
Wan Junaidi berkata, penggunaan jerat merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 serta tidak melebihi RM100,000 serta mandatori penjara tidak lebih dua tahun.
Katanya, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menyeru semua agensi pertubuhan badan bukan kerajaan dan orang ramai menyokong usaha kerajaan dalam memastikan hidupan liar dapat dilindungi daripada ancaman pemburu haram yang menyumbang kepada kepupusan haiwan.
Nazialita Geynna Maharan
Fri Jan 26 2018

Penemuan bangkai harimau jantan dianggarkan seberat antara 20 hingga 25 kilogram itu merupakan kes pertama harimau dijerat di negeri tersebut. - Foto ihsan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang
Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.

Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.

Polis tahan dua lelaki babit kes remaja dirogol, mengandung
Hasil pemeriksaan lanjut dari pihak Klinik Kesihatan Lenggong, mangsa disahkan mengandung.

Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Kastam Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.

10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta
Sebanyak 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.

Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik
Seorang lelaki Orang Asli maut, dipercayai dipijak seekor gajah di kawasan kebun getah Kampung Lerlar, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, dekat Gerik, petang semalam.

Tak puas hati pembahagian harta, lelaki ugut keluarga ditahan
Polis Daerah Gerik menerima laporan berhubung perbuatan khianat dan ugut itu pada awal pagi Rabu, sebelum melakukan penahanan.

Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.

Gerik kembali ceria selepas sedekad muram
Gerik bukan lagi pekan mati, mural tema tempatan ceriakan suasana sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Dua lelaki maut kereta bertembung treler
Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.