KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini.
Di KUALA LUMPUR, Tokong Buddha Maha Vihara di Brickfields dikunjungi kira-kira 25,000 orang seawal 5.30 pagi bagi menjalankan upacara keagamaan dan penghormatan kepada kelahiran, pencerahan dan pemergian Siddharta Gautama Buddha.
Timbalan Presiden tokong itu A.Hemadasa berkata pelbagai acara diadakan antaranya perarakan nyalaan lilin pada 6 petang ini yang akan dirasmikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke serta perarakan kira-kira 20 kereta berhias.
Orang ramai dilihat mengunjungi tokong Fo Guang Shan di SS3, Petaling Jaya yang turut mengadakan acara kebajikan serta pertunjukan koleksi seni kaligrafi.
Di PULAU PINANG, ribuan penganut Buddha mengunjungi tokong sekitar negeri dan tinjauan Bernama di kuil Buddha terbesar di Malaysia iaitu Kek Lok Si di Air Itam mendapati penganut bukan sahaja terdiri daripada rakyat tempatan, tetapi juga kelihatan pengunjung dari luar negara turut sama merasai pengalaman menyambut Hari Wesak.
Bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di Jalan Burma pula meriah dengan penganut yang datang bersama ahli keluarga bagi menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai selain menabur bunga serta memandikan patung Buddha, sebagai simbolik upacara keagamaan.
Di PERLIS, beberapa program menarik disusun sempena Hari Wesak seperti festival makanan di Perlis Buddhist Society di Kangar.
Naib Pengerusi persatuan itu, Tan Chan Sin berkata penganjuran festival makanan berkenaan bertujuan untuk menarik penglibatan orang ramai.
Di SARAWAK, sambutan Hari Wesak berlangsung penuh kesyukuran dan turut dihadiri Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di kuil Persatuan Buddha Sarawak untuk upacara sembahyang.
Wat Prachumthat Chanaram di KELANTAN pula menjadi pilihan setiap tahun untuk penganut agama Buddha menyambut Hari Wesak di negeri ini.
Di KEDAH, pengunjung turut berkongsi cerita tentang sambutan Hari Wesak masing-masing antaranya Kong Min Ting, 35, dari Sungai Petani, yang memaklumkan dia bersama keluarga masih memakai pelitup muka apabila ke tokong sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kesihatan masing-masing.
"COVID-19 masih ada, jadi kami pakai pelitup muka kerana orang sangat ramai di dalam tokong... selepas memberi penghormatan nanti kami sekeluarga bercadang untuk keluar berjalan-jalan memandangkan hari ini cuti," katanya.
Bekas guru, Ong Ai Tong, 62, yang ditemui di JOHOR berkata acara keramat yang dilakukan pada hari ini penting bagi memohon keampunan daripada Tuhan atas kesilapan dilakukan sebelum ini.
"Hari ini kami akan mohon ampun dan maaf atas kesalahan yang kami lakukan sebelum ini dan kami berjanji akan melakukan tiga perkara yang baik iaitu badan kita, kita buat perkara yang baik, mulut kita akan bercakap perkara yang baik-baik dan hati mesti menyimpan niat yang baik," katanya.
Pengerusi Wat Siribunya Maggarama di Ipoh, PERAK Iyeng Endin Niang pula berkata Hari Wesak melambangkan keharmonian dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini.
Sambutan Hari Wesak merupakan cuti umum di Malaysia dan secara tradisi ia menyaksikan penganut berkumpul di kuil-kuil Buddha bagi menyanyikan lagu agama dan membawa simbol ikon Buddha semasa acara perarakan yang melambangkan kesucian seseorang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024
Sukarelawan menyalakan pelita ketika melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Hari Wesak di Kuil Buddha Maha Vihara, Brickfields hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kewangan gesa pembangkang pertimbang usul pemecatan
Menteri Kewangan Korea Selatan Choi Sang-Mok menggesa parti pembangkang, Parti Demokratik (DP) menarik balik usul pemecatan terhadap Perdana Menteri Korea Selatan dan Pemangku Presiden Han Duck-Soo.
Selangor sasar transaksi RM11.7 bilion sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Kerajaan Selangor menyasarkan potensi nilai transaksi RM11.7 bilion melalui Tahun Melawat Selangor 2025, kata Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ng Suee Lim.
[TERKINI] Hukuman 6 sebatan di khalayak ramai selesai dalam tempoh 2 minit
Nur Fazlizai Ali bawakan perincian proses sebatan di khalayak membabitkan pesalah khalwat berulang di Terengganu.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 kerana menyimpan bahan lucah termasuk video pornografi kanak-kanak.
[TERKINI] Kes kadet UPNM disebut semula 4 Februari
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 4 Februari sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa mencederakan seorang pelajar junior menggunakan seterika wap panas.
Kerajaan Jepun lulus draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Kerajaan Jepun pada Jumaat meluluskan draf belanjawan untuk tahun kewangan 2025, dengan peruntukan tertinggi sebanyak 8.7 trilion yen (US$55.4 bilion) bagi perbelanjaan pertahanan.
100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara
Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut
Puluhan sukarelawan sedang menyiapkan kereta berhias dengan ribuan bunga dan mendirikan 10 khemah di kawasan berkenaan.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei
Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Hari Wesak peringkat negeri selama lima hari di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di sini bermula 18 Mei ini.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan 988 banduan pada Hari Wesak
Sri Lanka akan membebaskan 988 banduan pada Jumaat dalam pengampunan presiden bersempena Hari Wesak, acara keagamaan paling penting bagi penganut Buddha.
Hari Wesak disambut meriah, penganut terus berwaspada ancaman COVID-19
Hari Wesak hari ini disambut meriah dalam kalangan penganut agama Buddha dengan sesetengah individu masih mengamalkan langkah pencegahan dan berwaspada menghadapi ancaman COVID-19.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar sambutan itu dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.
PM Anwar ucap Selamat Hari Wesak
Pelbagai budaya serta perayaan seharusnya membawa mesej kasih sayang dan keamanan antara satu sama lain, kata PM.