KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wesak yang disambut pada setiap tahun memainkan peranan penting dalam mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy berkata sambutan yang sering dihadiri kira-kira 40,000 orang di ibu negara itu selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
"Sambutan ini memberi peluang kepada masyarakat yang terdiri pelbagai latar belakang agama dan budaya untuk bersatu dalam menghormati budaya dan warisan masyarakat majmuk di Malaysia.
"Ia juga menjadi platform untuk pemahaman dan penghargaan antara komuniti yang berbeza fahaman agama dan menyumbang kepada semangat harmoni serta sikap toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Tambah beliau, sambutan yang pada kebiasaannya dihadiri ribuan pengunjung terdiri pelancong, penganut dan juga masyarakat setempat itu dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Sasana Abhiwurdhi Wardana bagi Tokong Buddha Maha Vihara Brickfields, Tilak Leslie berkata sambutan Hari Wesak pada tahun ini dijangka kurang mendapat sambutan seperti biasa memandangkan faktor cuaca yang tidak menentu.
"Memandangkan setiap petang hujan dan sambutan pada tahun ini jatuh pada hari bekerja, kami tidak pasti sama ada kami dapat mengumpulkan ramai orang tetapi di Vihara dijangkakan kira-kira 10,000 hingga 15,000 orang dalam tempoh dua hari iaitu 21 dan 22 Mei," katanya ketika ditemui Bernama di Tokong Buddha Maha Vihara di sini.
Tambah Leslie, pada hari sebelum perayaan itu iaitu pada 21 Mei, kempen menderma darah serta organ, pengagihan makanan dan minuman percuma turut akan diadakan.
"Kami menjangkakan untuk memberikan kira-kira 7,000 hingga 8,000 pek makanan seperti mi vegetarian dan nasi," katanya.
Leslie berkata pada sambutan setiap tahun, kira-kira RM25,000 dibelanjakan bagi menyediakan makanan percuma dan kos itu lazimnya disumbangkan oleh para penganut di tokong itu.
Selain itu, sebanyak 20 kereta berhias dijangka menyertai perarakan sejauh 12 kilometer (km) yang dijangka mengambil masa empat jam yang bermula 6 petang di Tokong Buddha Maha Vihara melalui Little India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang sebelum kembali ke tokong.
Bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan pengagihan makanan percuma, Leslie berkata seramai 80 orang telah menyertai program sukarelawan yang dianjurkan tokong itu.
"Mereka daripada pelbagai kaum juga dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan dan membantu menguruskan orang ramai, menjaga kebersihan premis serta pengagihan makanan," katanya.
Hari Wesak yang disambut pada 22 Mei ini adalah hari terpenting masyarakat beragama Buddha bagi memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian pengasas agama itu, Siddharta Gautama.
Ia disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Saraswathy (tengah) hadir bagi merasmikan Program Malaysia National Wesak Hi-Tea 2024 di Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, 19 Mei 2024. - Facebook/Kementerian Perpaduan Negara
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

'Jadi ejen perpaduan’ - Nasihat PM kepada trio DJ Era FM
Jadi ejen perpaduan, fokus kepada Ramadan. Itu mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri kepada tiga penyampai radio Era FM.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kebebasan bersuara perlu diamalkan secara bertanggungjawab, elakkan provokasi - Lee
Kebebasan bersuara merupakan hak asasi yang perlu diamalkan secara bertanggungjawab, kerana penyalahgunaannya boleh menjejaskan nilai demokrasi.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

ASEAN penting untuk kestabilan serantau di tengah ketegangan global - Syed Hamid
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menekankan kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, menyifatkannya sebagai platform penting untuk dialog dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Berucap di IIDC satu penghormatan besar buat negara - PM Anwar
Anwar menyifatkan ruang diberikan kepada beliau bagi menyampaikan ucapan pada sesi utama IIDC sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan signifikan Malaysia di pentas dunia Islam.