KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi umat Islam, termasuk pemimpin serta ketua negeri mahupun setempat, yang hadir seawal pukul 7 pagi, bersama bertakbir memuji kebesaran Tuhan dan menunaikan solat sunat Aidiladha.
Di ibu negara, ribuan umat Islam dalam kalangan warga tempatan mahupun warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara, dengan diimamkan oleh Imam Besar masjid berkenaan Ehsan Mohd Husni, yang kemudiannya menyampaikan khutbah bertajuk Nilai Pengorbanan.
Di TERENGGANU, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bersama-sama anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Muaz berkenan berangkat menunaikan solat sunat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini.
Di PERAK pula, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah (INTIM), Ipoh.
Sementara di KEDAH, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah lain di Masjid Zahir.
Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Kuala Pilah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.
Di KELANTAN pula Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Muhammadi serta diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Sementara di SELANGOR, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pula berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama kira-kira 7,000 jemaah dan solat itu dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Muhammad Farhan Wijaya.
Di PERLIS, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Dataran Istiadat bagi menunaikan solat sunat Aidiladha serta bersama hampir 1,300 umat Islam
Di JOHOR, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim bersama adindanya Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru disertai kira-kira 1,000 jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.
Di MELAKA pula Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah dan diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari dan Mufti Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil bersama kira-kira 3,000 jemaah.
Yang Dipertua Negeri PULAU PINANG Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pula menunaikan solat Aidiladha bersama kira-kira 4,000 umat Islam di Masjid Negeri Pulau Pinang di sini dan sebanyak sembilan ekor lembu turut dikorbankan pada majlis korban di kawasan parkir masjid itu untuk diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin.
Sementara itu di SARAWAK, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah lain di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Petra Jaya, di sini.
Di SABAH, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 500 jemaah di Masjid Haji Noor, Serusup, Tuaran selain sebanyak empat ekor lembu bakal dikorbankan pada sambutan berkenaan.
Di PAHANG, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat Aidiladha di negeri itu yang dipimpin oleh Imam masjid itu Shaifuddin Ngah manakala khutbah bertajuk 'Penghayatan Pengorbanan Dalam Menangani Semasa', disampaikan oleh Muhammad 'Izzan Idris Al-Hafiz.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah (INTIM), Ipoh. -Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.