KUALA LUMPUR: Pengamal media diingatkan supaya menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa oleh revolusi Internet dalam era pendigitalan, kata bekas ketua pegawai eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Yong Soo Heong.
Bercakap sebagai ahli panel dalam BERNAMA TV: The Brief hari ini sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, beliau berkata pendigitalan turut menyebabkan pengguna mengubah tabiat mereka dalam mendapatkan berita terkini, iaitu helaian surat khabar kini semakin menipis atau kurang dicetak.
"Selain itu, kita turut melihat kemunculan semakin banyak laman web berita sementara ramai individu kehilangan pekerjaan ekoran hasil pengiklanan yang menerima impak daripada kemunculan syarikat-syarikat digital besar.
"Oleh sebab itu, pengamal media perlu beradaptasi kepada perubahan-perubahan ini dan mencari jalan untuk menangani serangan digital tersebut," katanya.
Bagaimanapun, Yong, yang juga bekas ketua pengarang Bernama berkata, ia akan mengambil masa untuk menentukan apakah perubahan sebenar yang dibawa oleh pengaruh pendigitalan dalam industri media.
Sementara itu, beliau menekankan, mereka yang terlibat dalam industri media berita tempatan perlu berhati-hati dalam laporan mereka dan berusaha untuk menyampaikan mesej daripada mana-mana pihak setepat mungkin, bagi memastikan kedudukan media tidak dipengaruhi secara negatif.
"Ia bukan sahaja tugas pemberita atau editor sesuatu organisasi berita; ia juga tentang bagaimana agensi kerajaan dan organisasi berkaitan lain memberi maklum balas kepada pelbagai krisis kerana maklum balas turut mempengaruhi ranking," tambah Yong.
Beliau juga mengingatkan pengamal media supaya tidak bersikap bodoh sombong kerana wartawan bukanlah pakar dalam mana-mana bidang atau topik.
"Jika kita melakukan kesilapan, akuinya dan teruskan kehidupan. Sangat penting untuk sentiasa bersikap rendah diri dan bertanya soalan, jangan mengaku kita tahu semua benda kerana kita bukanlah pakar," katanya.
Ditanya mengenai skop kebebasan bersuara biasanya diambil daripada perspektif media barat, Yong berpendapat kebebasan mutlak itu sebenarnya tidak wujud.
Beliau menjelaskan, bagi memperluaskan lagi kebebasan media, pengamal media mestilah seboleh mungkin jujur dalam melaporkan dan menulis berita.
"Kebebasan wujud apabila masyarakat menjadi lebih matang. Justeru, semua pihak berkepentingan mestilah bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022
Soo Heong berkata pendigitalan turut menyebabkan pengguna mengubah tabiat mereka dalam mendapatkan berita terkini, iaitu helaian surat khabar kini semakin menipis atau kurang dicetak. - Gambar/ Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Kewartawanan dalam tawanan dunia digital
Pengamal media diingatkan supaya menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa oleh revolusi Internet dalam era pendigitalan.