Laporan senarai harga ubat-ubatan mahal dan yuran perkhidmatan sektor perubatan swasta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diumumkan pada minggu ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, berkata laporan muktamad itu akan mengariskan satu panduan yang lebih jelas kepada pengguna.
Menurut beliau, pertemuan antara Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri sudah dilakukan bagi merangka laporan penuh itu.
Perbincangan tertutup telah diadakan sebanyak tiga kali sebelum laporan terbabit diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Keputusan itu kena dapat dari mereka dan mungkin dalam minggu ini, pada hari Jumaat atau Sabtu. Kita akan mengeluarkan kenyataan nanti," beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat pemantauan denggi di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Sebelum ini, beliau mengulas hasrat sekumpulan pengamal perubatan yang mahu menyaman kerajaan berhubung yuran perkhidmatan perubatan dalam sektor swasta yang terbabit dalam pelaksanaan GST.
Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kastam bagi menyenaraikan 4,200 jenama ubat dalam senarai ubat penting yang dikecualikan GST.
Anthea Yap
Wed Mar 25 2015

S. SUBRAMANIAM: Keputusan itu kena dapat dari Jabatan Kastam dan mungkin dalam minggu ini, pada hari Jumaat atau Sabtu - Gambar Fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kastam pakai kamera badan bermula Jun ini
Anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan dilengkapi peralatan kamera badan yang dijangka dilaksanakan pada Jun ini.

Harga ubat dan yuran perkhidmatan swasta selepas GST diumum minggu ini - Subramaniam
Laporan senarai harga ubat-ubatan mahal dan yuran perkhidmatan sektor perubatan swasta GST akan diumumkan pada minggu ini.