Harga serendah RM5 menjadi antara faktor mengapa semakin ramai pelajar sekolah dan universiti di negara ini terlibat dengan dadah psikotropik berbanding dadah tradisional seperti heroin dan kokain.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata trend itu berlaku disebabkan dadah jenis kokain, heroin dan ganja dijual dengan mahal dan tidak mampu dimiliki oleh pelajar.
Oleh itu, sebagai alternatif, mereka memilih dadah psikotropik yang boleh didapati pada harga serendah RM5 sebiji.
Menurutnya, dadah psikotropik yang merupakan dadah moden jenis Amphetamine Type Stimulant (ATS) dan New Psychoactive Substances (NPS) terdiri daripada ekstasi, amphetamin dan lain-lain berupaya mengubah fungsi otak sehingga mengakibatkan perubahan dalam mood, kesedaran atau tingkah laku.
Katanya, seseorang yang ketagih dadah ini juga sukar dirawat berbanding dadah tradisional.
"Biasanya dadah ATS digunakan oleh pelajar sekolah menengah dan penuntut universiti untuk menghadapi peperiksaan sebab mereka tidak membuat persediaan awal. Jadi, mereka mengambilnya supaya dapat bertahan ketika mengulang kaji pada saat-saat akhir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Kali ke- 43 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
Nur Jazlan berkata berdasarkan data pada 2015, seramai 1,475 pelajar sekolah didapati terlibat dengan pengambilan dadah dan daripada jumlah itui, 73 peratus berkaitan ATS, 19.2 peratus berkaitan dadah jenis kanabis manakala lapan peratus lagi lain-lain dadah.
Justeru, Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha untuk mengatur aktiviti dengan pelbagai pihak antaranya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha untuk mengenal pasti kawasan-kawasan panas bagi penagihan dadah di seluruh negara.
"Pada masa ini, kawasan tumpuan penagih adalah di kawasan nelayan seperti di Kedah, Perlis dan Kelantan. Tumpuan juga dilakukan di kawasan pangsapuri kos rendah di seluruh negara khasnya Lembah Klang serta kawasan Felda terutama di Pahang," kata beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2017
![Harga serendah RM5 faktor pelajar terlibat dadah psikotropik - Nur Jazlan Harga serendah RM5 faktor pelajar terlibat dadah psikotropik - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/41507466665_DatukNurJazlan.jpg)
NUR JAZLAN: Trend itu berlaku disebabkan dadah jenis kokain, heroin dan ganja dijual dengan mahal dan tidak mampu dimiliki oleh pelajar.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Polis UAE rampas 13 tan biji amphetamine bernilai RM4.68 bilion Polis UAE rampas 13 tan biji amphetamine bernilai RM4.68 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694728622_Drugs.jpg)
Polis UAE rampas 13 tan biji amphetamine bernilai RM4.68 bilion
Dadah yang dikenali sebagai Captagon itu ditemui selepas polis mengesan lima kontena barangan perabot yang mencurigakan.
![40 individu dikompaun langgar SOP di pusat hiburan 40 individu dikompaun langgar SOP di pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634335765_pusathiburan.jpg)
40 individu dikompaun langgar SOP di pusat hiburan
Serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
![Anak Rhoma Irama ditangkap lagi, pil ekstasi ditemui dalam seluar, positif amfetamin Anak Rhoma Irama ditangkap lagi, pil ekstasi ditemui dalam seluar, positif amfetamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612762375_ridhorhoma.jpg)
Anak Rhoma Irama ditangkap lagi, pil ekstasi ditemui dalam seluar, positif amfetamin
Sewaktu serbuan dibuat di unit apartmen berkenaan, Ridho sedang bersama dua orang lelaki lain.
![Tokan dadah nekad panjat zink rumah, ditahan Tokan dadah nekad panjat zink rumah, ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81522686228_dadahice.jpg)
Tokan dadah nekad panjat zink rumah, ditahan
Suspek seorang lelaki warga Indonesia berumur 39 tahun yang tidak bekerja tetapi aktif mengedar dadah sejak tahun 2014 serta memiliki empat rekod jenayah lampau.
![Tujuh remaja 'lalok' dadah ditahan di pusat hiburan Tujuh remaja 'lalok' dadah ditahan di pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531556534_TBPELAJARPOSITIF.jpg)
Tujuh remaja 'lalok' dadah ditahan di pusat hiburan
Kesemua mereka yang ditahan akan menjalankan program pemulihan bersama AADK.
![Seorang ketua bahagian berpangkat Datuk ditahan positif dadah Seorang ketua bahagian berpangkat Datuk ditahan positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51522664443_MethGeneric.jpg)
Seorang ketua bahagian berpangkat Datuk ditahan positif dadah
Ujian air kencing suspek lelaki berusia 46 tahun itu disahkan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
![Harga serendah RM5 faktor pelajar terlibat dadah psikotropik - Nur Jazlan Harga serendah RM5 faktor pelajar terlibat dadah psikotropik - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/41507466665_DatukNurJazlan.jpg)
Harga serendah RM5 faktor pelajar terlibat dadah psikotropik - Nur Jazlan
Harga serendah RM5 menjadi antara faktor mengapa semakin ramai pelajar sekolah dan universiti di negara ini terlibat dengan dadah psikotropik.
![Pemandu khayal sebelum terlibat kemalangan lawan arus - Polis Pemandu khayal sebelum terlibat kemalangan lawan arus - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81489496599_LawanArus.jpg)
Pemandu khayal sebelum terlibat kemalangan lawan arus - Polis
Suspek yang berasal dari Taman Desa Murni itu sepatutnya memasuki susur keluar Sungai Dua untuk pulang ke rumahnya, namun disebabkan khayal, suspek telah terlajak ke hadapan berhampiran tol.
![Sembilan lelaki, 16 wanita ditahan di sebuah premis hiburan di JB Sembilan lelaki, 16 wanita ditahan di sebuah premis hiburan di JB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441570542_WOMENHANDCUFF.jpg)
Sembilan lelaki, 16 wanita ditahan di sebuah premis hiburan di JB
Polis menahan sembilan lelaki dan 16 wanita semasa Ops Gempur di sebuah premis hiburan di Jalan Tebrau, di sini, awal hari ini.