KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 27 April.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.81 dan RM2.05 seliter, manakala diesel ditetapkan RM2.15 seliter.
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan, sepertimana dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran," menurut kenyataan itu.
Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petrolum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
MOF turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.81 dan RM2.05 seliter, manakala diesel ditetapkan RM2.15 seliter. - Gambar fail/BERNAMA
"Orang asing datang untuk bekerja, bukan untuk berniaga" - Kulasegaran
Timbalan Menteri JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata Kerajaan MADANI ada komitmen seratus peratus untuk menghapuskan perkara ini dan tindakan selanjutnya akan diambil.
Trump dahului Harris, lebih banyak pusat undi ditutup
Donald Trump dan Kamala Harris, memperoleh beberapa kemenangan awal ketika lebih banyak pusat mengundi di seluruh Amerika Syarikat ditutup.
[TERKINI] 100 pelajar UPM keracunan makanan
100 pelajar veterinar Universiti Putra Malaysia keracunan makanan, dipercayai mula dikesan pada pagi Selasa.
Platinum kekal logam paling banyak diimport dari Rusia ke AS
Amerika Syarikat (AS) mengimport aluminium dari Rusia pada September buat kali pertama sejak 2023, menurut analisis data kastam AS oleh RIA Novosti pada Rabu.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Keputusan MFL menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengecewakan peminat tuan rumah.
Isu FashionValet: Vivy, suami tiba di SPRM Putrajaya, beri keterangan hari kedua
Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar akhirnya muncul di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya jam 12.54 tengah hari pada Rabu.
Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak diaudit 17 tahun
Pengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan dilaksanakan segera berikutan laporan kewangan lembaga itu didapati tidak pernah diaudit sepanjang tempoh 17 tahun.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Kerajaan perkenal dua dana baharu bantu PKS, MTC
Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan dua dana baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Okt ini.
Harga runcit RON97 dan diesel turun lagi 6 sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel turun sebanyak 6 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 September 2024.
Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen
Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen dengan masing-masing ditetapkan pada RM3.25 seliter dan RM3.01 seliter.
Harga RON97, diesel turun 2 sen
Harga runcit petrol RON97, dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2 sen masing-masing kepada RM3.40 seliter dan RM3.16 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Sept.
Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 5 sen mulai esok
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak lima sen iaitu masing-masing kepada RM3.42 dan RM3.18 seliter bermula esok hingga 4 Sept ini.
Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen lagi
MoF berkata penetapan harga tersebut seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga petrol, diesel kekal hingga 17 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga petrol, diesel kekal hingga 26 Jun
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter.
Harga petrol, diesel kekal hingga 22 Mei
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.