Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.
Beliau berkata harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut purata harga bahan api itu di pasaran dunia selama sebulan selain dipengaruhi oleh pergerakan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.
"Purata maksudnya harga dari tarikh 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga di hujung bulan seperti pemahaman sesetengah pihak.
"Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding Ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Lokman Noor berkata harga runcit petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran bermula 1 Dis 2014 berikutan kejatuhan harga minyak dunia ketika itu.
Lokman Noor berkata masih ramai tidak dapat menerima bahawa kerajaan perlu menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan membantu mereka melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.
Katanya subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti golongan kaya dan miskin menerima nilai subsidi yang sama.
"Contohnya pada Julai 2014, bagi setiap liter RON95, kerajaan memberikan subsidi RM0.6843 seliter," katanya sambil menjelaskan yang kaya menggunakan kuantiti minyak jauh lebih banyak berbanding yang miskin.
"Mereka yang miskin menggunakan kereta Kancil, setelah mengisi tangki mereka penuh dengan RON95, jumlah subsidi yang diterima hanyalah sekitar RM16.29.
"Mereka yang datang dari kelas menengah pula menggunakan Toyota Camry dan membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah RM48.87, yang mana tiga kali ganda lebih besar daripada yang miskin tadi," katanya.
Lokman Noor berkata berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, kerajaan membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi untuk membantu golongan kaya dan hanya 30 peratus subsidi yang diberikan dalam bentuk RON95 dan diesel yang dinikmati golongan sasaran.
Pada masa sama, di bawah sistem subsidi pukal warga asing yang tinggal di Malaysia juga akan menikmati subsidi hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia.
Setiap hari terutamanya di hujung minggu, katanya, subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia turut bocor kepada kenderaan Singapura, selain ia diseludup ke Thailand dan Filipina serta dijual di perairan antarabangsa.
"Subsidi bererti bantuan, pertolongan dan pemberian daripada kerajaan kepada rakyatnya. Jika ditanya siapakah yang patut mendapat pertolongan, sudah pastilah pertolongan itu perlu kita utamakan yang susah dahulu sebelum yang senang.
"Mestilah diberikan kepada rakyat kita, bukan warga asing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2016
![Harga runcit RON95, diesel dijangka meningkat Januari ini Harga runcit RON95, diesel dijangka meningkat Januari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71473085523_DatukLokmanAdam.jpg)
LOKMAN: Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini - Gambar fail
![Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716970480_FuziahSalleh.jpg)
Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI).
Dialog Tiga Penjuru: Jika Trump mahu Gaza siapa yang boleh halang?
Cadangan Trump ambil alih Gaza, gencatan senjata hanya sekadar scam?
Usir rakyat Palestin, bagaimana undang-undang antarabangsa boleh halang?
Adakah PBB atau badan antarabangsa lain perlu campur tangan sekiranya tentera AS ditempatkan ke Gaza?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.
Usir rakyat Palestin, bagaimana undang-undang antarabangsa boleh halang?
Adakah PBB atau badan antarabangsa lain perlu campur tangan sekiranya tentera AS ditempatkan ke Gaza?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.
Tujuh rakyat Itali didakwa jadi sasaran perisian pengintip di WhatsApp
Kerajaan Itali memaklumkan tujuh pengguna telefon bimbit di negara itu menjadi sasaran perisian pengintip dan menyifatkan kejadian itu sebagai sangat serius.
AWANI Sabah+: Ekonomi biru jana pendapatan baharu Sabah
Cabang pendapatan menerusi Ekonomi Biru berpotensi menarik pelabur asing demi merancakkan pembangunan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
[TERKINI] Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong akan dijalankan pada 11 pagi Jumaat di Hospital Bentong.
Umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam dibincang esok - PM
Kabinet akan membincangkan mengenai cadangan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam sebarang upacara termasuk di rumah ibadat bukan Islam.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengulas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengulas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky'.
Ketua Pesuruhjaya sprm, Tan Sri Azam Baki, berkata siasatan itu bertujuan mengenal pasti sebarang elemen mencurigakan berkaitan perkara tersebut.
Ketua Pesuruhjaya sprm, Tan Sri Azam Baki, berkata siasatan itu bertujuan mengenal pasti sebarang elemen mencurigakan berkaitan perkara tersebut.
Pemberi maklumat kongsi kepada umum jejas proses siasatan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tindakan segelintir pemberi maklumat mendedahkan salah laku mana-mana pihak kepada umum sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.
3 penjawat awam antara 5 individu ditahan terlibat rasuah RM1 juta
: Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai kira-kira RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan di sekitar Pantai Timur dan Selatan Tanah ditahan reman tujuh hari bermula Rabu.
Empat maut dalam nahas pesawat di Filipina
Nahas pesawat peribadi di selatan Filipina mengorbankan empat individu setakat ini. Perkara itu disahkan pihak berkuasa penerbangan awam Filipina dalam kenyataan pada Khamis. Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam dua petang di pekan Ampatuan yang terletak di wilayah Maguindanao del Sur.
![Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727156790_RON.jpg)
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen seliter daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Jan.
![Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735119302_minyakpetrol.jpg)
Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
MOF memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
![Harga RON97, RON95 dan diesel kekal Harga RON97, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727156790_RON.jpg)
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
![Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713588822_KementerianKewangan.jpg)
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
![Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726651300_YellowNozzle.jpg)
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Nov.
![128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah 128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731581515_OpgerakJas.jpg)
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
![Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731492765_RONminyak.jpg)
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Nov ini.
![Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727156790_RON.jpg)
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Nov ini.
![Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727156790_RON.jpg)
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
![Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728472081_RONminyak.jpg)
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Okt ini.