Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 4 sen bermula 12 tengah malam nanti (4 Julai 2020).
Ini menjadikan harga RON95 yang sebelum ini berharga RM1.69 seliter, akan menurun kepada RM1.65 seliter.
Manakala harga RON97 pula akan menjadi RM1.95 seliter berbanding harga sebelumnya iaitu RM1.99 seliter.
Harga runcit bagi diesel pula turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM1.86 seliter kepada RM1.84 seliter.
Harga tersebut adalah bagi tempoh 4 Julai 2020 sehingga 10 Julai 2020.
Menurut kenyataan Menteri Kewangan, penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.
Jelas kenyataan itu, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara
Astro Awani
Fri Jul 03 2020
Menurut kenyataan Menteri Kewangan, penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini. - Astro AWANI
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Israel lancarkan serangan peluru berpandu ke atas kilang kereta Iran di Homs, Syria - Pemantau
Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Okt ini.
Harga runcit RON97 dan diesel turun lagi 6 sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel turun sebanyak 6 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 September 2024.
Harga RON97, diesel turun 2 sen
Harga runcit petrol RON97, dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2 sen masing-masing kepada RM3.40 seliter dan RM3.16 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Sept.
SPRM tahan pengarah agensi penguat kuasa disyaki lindungi sindiket seludup minyak diesel bersubsidi
Lelaki itu ditahan petang tadi bagi dirakam keterangan di Pejabat SPRM Sarawak dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM berserta seorang penjamin.
Rasionalisasi diesel beri kesan minimum terhadap inflasi - BNM
Kesan daripada rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan baru-baru ini kekal terkawal susulan langkah-langkah mitigasi kerajaan.
Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.
KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol
KPDN Kedah mematahkan cubaan menyeleweng 6,130 liter minyak diesel dan petrol dalam satu serbuan di sebuah premis pemborong minyak berlesen di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.
Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina
UMNO semalam mengadakan program jelajah penerangan bertujuan memastikan ahli parti itu mendapat maklumat sahih dan tepat berkaitan isu semasa.
Lelaki ditahan isi minyak diesel berulang kali
Lelaki itu dikesan membuat pembelian minyak diesel berjumlah RM132.03 pada 12.20 tengah hari dan RM200 selang 55 minit kemudian.
Harga petrol, diesel kekal hingga 3 Julai
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter.