KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan seorang lelaki disyaki membuat pembelian minyak diesel secara berulang di sebuah stesen minyak dekat Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Pengarah berkenaan Azman Ismail berkata lelaki berusia 30-an itu dikesan membuat pembelian minyak diesel berjumlah RM132.03 pada 12.20 tengah hari dan RM200 selang 55 minit kemudian.
"Lelaki terbabit ditahan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda disyaki terlibat penyelewengan minyak diesel ketika operasi dijalankan penguat kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas dengan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebanyak 60 liter minyak diesel bernilai RM200 turut dirampas.
Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala stesen minyak itu turut disiasat mengikut akta sama kerana melanggar Arahan Pengawal Bekalan KPDN.
Dalam pada itu Azman berkata pihaknya menyita anggaran 100 liter minyak petrol dalam tangki ubah suai sebuah kereta jenis Perodua Kenari di tepi jalan Kampung Simpangan, Tumpat kira-kira 11 pagi, Rabu lepas.
Pemandu kenderaan yang menyedari kehadiran pasukan ketika melaksanakan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan telah menghilangkan diri dan meninggalkan kenderaannya di bahu jalan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Lelaki itu dikesan membuat pembelian minyak diesel berjumlah RM132.03 pada 12.20 tengah hari dan RM200 selang 55 minit kemudian. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
KPDN Kelantan saran peniaga bazar Ramadan sedia Menu Rahmah
Tindakan itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan yang merancang untuk membuka Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di seluruh negara tidak lama lagi.