KUALA BERANG: Harga maksimum baharu ayam yang akan diumumkan esok telah mengambil kira kepentingan pengguna dan golongan peniaga secara seimbang, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid.
Katanya meskipun terdapat kemungkinan berlaku sedikit kenaikan, ia dilihat sebagai situasi menang-menang antara pengguna dan pemain industri ternakan.
"KPDNHEP melalui anggota penguatkuasaannya sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan keberadaan bekalan dan kestabilan harga ayam di pasaran," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Imam Bilal Mukim Cawangan Hulu Terengganu Kali Ke-15, di sini hari ini.
Menurut Rosol pihaknya juga sedang menjalankan siasatan berhubung segelintir penternak, pemborong dan peruncit mengenakan caj tambahan termasuk upah tangkap, upah potong dan kos plastik sehingga membebankan pengguna.
Katanya pihak berkenaan mendakwa terpaksa mengenakan caj tambahan itu bagi memastikan kelangsungan perniagaan disebabkan pelbagai kos lain yang terpaksa ditampung pada masa ini.
"Bagaimanapun kita akan siasat lebih lanjut dan tengok daripada beberapa sudut untuk pastikan kebenaran dakwaan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Rosol berkata pihaknya juga sedia maklum dengan kekurangan minyak peket satu kilogram (kg) di pasaran dan pihaknya telah memohon kepada Kementerian Kewangan untuk menambah kuota minyak peket tersebut untuk mengatasi masalah berkenaan.
"Sekarang ini kerajaan bekalkan 60,000 tan minyak masak bersubsidi sebulan dan kita minta tambahan lagi 10,000 tan sebulan untuk atasi masalah rakyat.
"Bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara. Kita harap Kementerian Kewangan akan lihat dengan terperinci permohonan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 26 2022

KPDNHEP sedang menjalankan siasatan berhubung segelintir penternak, pemborong dan peruncit mengenakan caj tambahan termasuk upah tangkap, upah potong dan kos plastik sehingga membebankan pengguna. - Gambar hiasan

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.

KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.