KUALA LUMPUR: Indeks harga seunit bagi keluli dan simen dari bulan ke bulan kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mac 2024 berbanding Februari 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata harga purata seunit keluli, yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan bar cacat tegangan tinggi Mycon 60, ialah RM3,683.51 setan, naik sedikit kepada 0.1 peratus pada Mac 2024, berbanding RM3,679.54 setan pada Februari 2024.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat sedikit peningkatan dalam indeks harga seunit keluli di kawasan Kota Kinabalu (0.2 peratus) dan Sandakan (1.1 peratus) pada Mac 2024.
"Perbandingan tahunan harga purata seunit keluli mencatatkan penurunan kecil iaitu negatif 0.2 peratus pada Mac 2024 berbanding RM3,690.90 setan pada Mac 2023," katanya.
Selain itu, beliau berkata harga purata simen mencatatkan sedikit peningkatan sebanyak 0.2 peratus, dengan harga purata RM23.01 setiap beg 50 kilogram (kg) pada Mac 2024 berbanding RM22.97 bagi beg 50 kg pada Februari 2024.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat sedikit penurunan sebanyak 0.3 peratus untuk indeks harga simen di Terengganu dan Kelantan sepanjang Mac 2024.
"Manakala purata harga seunit simen meningkat 2.7 peratus pada Mac 2024 berbanding RM22.41 setiap beg 50 kg pada Mac 2023," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata perbandingan tahunan bagi Mac 2023 dan Mac 2024 menunjukkan indeks harga seunit simen meningkat di antara 0.9 peratus hingga 7.7 peratus bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, tetapi indeks harga seunit bahan itu mencatatkan sedikit penurunan di Kota Kinabalu (-0.7 peratus) dan Kuching (-0.1 peratus).
"Selain itu, perbandingan tahunan untuk indeks harga seunit keluli menunjukkan penurunan di antara negatif 0.8 peratus hingga negatif 4.9 peratus untuk Mac 2024 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
"Bagaimanapun, hanya Johor mencatatkan peningkatan dalam indeks harga seunit keluli (2.1 peratus)," katanya.
Menurut Jabatan Perangkaan, mulai Januari 2024 Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) mengikut kategori dan kawasan bangunan diasaskan semula kepada Januari 2023 bersamaan dengan 100 (Januari 2023=100).
Jabatan itu berkata IKB dari bulan ke bulan (termasuk bar keluli) untuk semua kategori bangunan pada Mac 2024 meningkat di antara 0.1 peratus hingga 0.2 peratus bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, dengan sedikit penurunan direkodkan untuk IKB (termasuk bar keluli) untuk bangunan kayu dan cerucuk kayu di Terengganu dan Kelantan (masing-masing -0.6 peratus).
Ia berkata IKB (termasuk bar keluli) di Sabah juga lebih tinggi antara 0.1 peratus dan 0.5 peratus untuk hampir semua kategori bangunan.
"IKB (termasuk bar keluli) untuk semua kategori di Kota Kinabalu dan Tawau menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 0.1 peratus dan 0.2 peratus pada Mac 2024 berbanding bulan sebelumnya.
"Sementara itu, indeks untuk hampir semua kategori bangunan di Sandakan meningkat di antara 0.1 peratus dan 0.5 peratus untuk hampir semua kategori bangunan berbanding Februari 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024

Mohd Uzir berkata harga purata seunit keluli, yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan bar cacat tegangan tinggi Mycon 60. - Foto fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM
Peningkatan harga tertumpu pada sektor perkhidmatan, dengan kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan mencatatkan kenaikan tertinggi.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.