KOTA BHARU : Harga emas paling mahal yang direkodkan setakat ini sehingga mencecah RM287 bagi satu gram menyebabkan ramai wanita Kelantan memilih untuk 'mencairkan' aset mereka.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas sekitar bandar ini mendapati kebanyakan mereka memilih berbuat demikian untuk mendapatkan wang tunai bagi menampung keperluan sekolah anak, sambutan Ramadan, persediaan hari raya dan sebagainya.
Situasi itu diakui sendiri Pengarah Urusan Mz Gold Sdn Bhd, Murtadhatumizi Mustapha apabila dalam sehari beliau memperoleh sekitar 1 hingga 2 kilogram (kg) emas yang dijual oleh pemilik.
"Harga emas mula naik mencanak sejak awal Mac lalu dengan merekodkan nilai tertinggi setakat ini iaitu RM290 satu gram.
"Kebetulan orang ramai berdepan dengan situasi baru lepas musim banjir, persediaan kelengkapan sekolah anak, sambut Ramadan dan tidak lama lagi Aidilfitri.
"Ini menyebabkan ramai pemilik terutama wanita memilih untuk menjual sebahagian daripada aset yang mereka ada," katanya.
Menurut beliau, disebabkan itu juga jualan emas sedikit menurun walaupun pihaknya memberikan promosi RM10 untuk satu gram, namun, ia kurang mendapat sambutan.
Bagi penjual emas Sarah Jewels, Nur Amalin Aisyah Ramlee, 23, memberitahu, beliau terpaksa menghadkan waktu pembelian emas iaitu bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
"Setiap hari orang datang 'tolak' (menjual) emas, saya anggarkan lebih 10 individu berbuat demikian.
"Ramai yang mengambil peluang ini untuk mendapatkan wang tunai kerana harga emas sekarang adalah paling tertinggi pernah dicatatkan," katanya.
Ujar beliau, melihat kepada trend tersebut kenaikan itu dijangka kekal sehingga sambutan Aidilfitri.
Tambah Nur Amalin Aisyah, bagaimanapun ada dalam kalangan orang Kelantan menganggap membeli emas pada sambutan Aidilfitri sebagai satu 'kefarduan'.
"Mahal atau murah mereka tetap beli emas baharu untuk dipakai semasa sambutan raya," katanya.
Sementara itu, suri rumah, Sarimah Yusoff, 42, memberitahu, dia merebut peluang itu untuk menjual emas yang sudah lama tidak dipakai.
"Duit yang diperoleh boleh digunakan untuk persiapan Aidilfitri dan meringankan beban suami.
"Sekarang ini harga emas paling mahal yang saya pernah jumpa, jadi inilah peluang yang baik kalau hendak dapatkan wang segera," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 06 2023
Kenaikan harga emas menyebabkan orang ramai memilih untuk aset milik mereka untuk mendapatkan wang tunai bagi menampung keperluan sekolah anak, Ramadan, persediaan hari raya dan sebagainya. - Gambar SINAR HARIAN
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Harga emas dijangka sekitar AS$1,900 seauns menjelang akhir tahun - YXPM
YXPM menjangkakan harga emas bergerak sekitar AS$1,900-AS$2,001 seauns menjelang akhir tahun.
Harga emas mahal, wanita Kelantan pilih 'cairkan' aset
Kedai-kedai emas sekitar bandar raya Kota Bharu sibuk penuhi kehendak pelanggan yang mahu menjual emas.
Harga emas berpotensi melambung sehingga cecah AS$2,000 dalam tempoh terdekat
Harga emas berpotensi untuk terus melambung ke paras AS$2,000 seauns dalam tempoh terdekat, lebih-lebih lagi selepas logam berharga ini mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada AS$1,980 seauns.
Emas masih instrumen pelaburan selamat
Harga emas dijangka stabil bagi jangka masa panjang setelah isu-isu utama ekonomi termasuk kenaikan kadar faedah AS diselesaikan.
Bank Switzerland terjejas teruk akibat kejatuhan harga emas
Bank pusat Switzerland mengalami kerugian yang teruk pada tahun 2013 akibat dari kejatuhan mendadak harga emas dan menyebabkan tiada pembayaran dividen kepada Bern atau kanton lain.
Harga emas petunjuk ekonomi global pulih
Kemerosotan berturut-turut harga emas sejak dua bulan lalu menandakan pemulihan ekonomi global sedang berlaku.