KUALA LUMPUR: Harga eksport Malaysia pada Mei 2024 meningkat 0.7 peratus daripada 149.2 mata pada bulan sebelumnya kepada 150.3 mata (2010=100), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam laporan Indeks Perdagangan Luar Mei 2024 yang dikeluarkan hari ini, DOSM berkata terma perdagangan Malaysia juga meningkat sebanyak 0.7 peratus bulan ke bulan kepada 114.8 mata.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata indeks nilai seunit eksport naik pada Mei 2024 berbanding bulan sebelumnya disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian sebanyak 1.5 peratus, bahan kimia (0.5 peratus) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.3 peratus).
Begitu juga, DOSM melaporkan indeks volum eksport meningkat 11.0 peratus selaras dengan peningkatan indeks pelbagai barang keluaran kilang sebanyak 21.2 peratus, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (11.9 peratus) dan minyak galian (7.5 peratus).
"Indeks volum eksport pelarasan bermusim turut bertambah 21.7 peratus daripada 141.7 mata kepada 172.5 mata.
"Merujuk kepada perbandingan tahunan, indeks nilai seunit dan indeks volum masing-masing menokok 6.1 peratus dan 1.2 peratus," katanya.
Sementara itu, DOSM berkata indeks volum import turut menokok 10.3 peratus pada Mei 2024 berbanding April 2024, disumbangkan oleh peningkatan indeks minyak galian sebanyak 26.0 peratus, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (10.9 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (6.0 peratus).
Ia berkata indeks volum import pelarasan bermusim menokok 20.9 peratus daripada 182.6 matakepada 220.9 mata.
Menurut DOSM, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan indeks nilai seunit dan indeks volum import masing-masing berkembang 2.4 peratus dan 11.1 peratus.
"Terma perdagangan Malaysia juga bertambah 0.7 peratus bulan ke bulan kepada 114.8 mata pada Mei 2024, didorong oleh kenaikan indeks alat jentera dan kelengkapan pengangkutan sebanyak 1.6 peratus, bahan mentah tidak boleh dimakan (1.2 peratus) dan makanan (1.0 peratus).
"Terma perdagangan Malaysia tahun ke tahun naik 3.6 peratus daripada 110.8 mata pada Mei tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Mohd Uzir berkata indeks nilai seunit eksport naik pada Mei 2024 berbanding bulan sebelumnya disumbang oleh kenaikan indeks minyak galian (1.5%), bahan kimia (0.5%), dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.3%). -Gambar fail
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.
Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.
Selangor pertimbang tubuh jabatan data, mantapkan perancangan pembangunan negeri - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia menimbangkan cadangan menubuhkan sebuah jabatan bagi mengumpul dan mentafsir data terkini pelbagai sektor berkepentingan untuk memantapkan perancangan pembangunan negeri.
Pengukuhan ekonomi Suku-3 letak Malaysia di landasan pertumbuhan 4.8-5.3 peratus pada 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.