PUTRAJAYA: Bukan u-turn, sebaliknya keputusan kerajaan untuk tidak mengapung harga ayam di pasaran adalah dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup.
Itu penegasan Perdana Menteri Datuk Seri ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, kerajaan sentiasa prihatin mendengar rintihan rakyat dan sebarang keputusan yang diambil kerajaan akhirnya akan memberi faedah kepada rakyat.
"Kita tak u-turn (apungan harga ayam). Waktu itu kita hanya kata harga ayam akan diapungkan. Tapi setelah mendengar pandangan rakyat, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar pandangan rakyat.
"Jadi setelah mendengar pandangan rakyat, kita membuat keputusan untuk menerima pandangan tersebut dan membuat keputusan. Yang pentingnya adalah keputusan itu menguntungkan rakyat.
"Bukannya soal pusingan u atau tidak kerana ia tak penting. Yang pentingnya apa kita buat itu, ia memberi faedah kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas berkunjung ke Karnival Jom Heboh di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai harga telur ayam, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, bekalan barangan asas di pasaran adalah mencukupi menjelang sambutan Aidiladha.
Beliau berkata, perincian mengenainya perlu diajukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Pada Jumaat, kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran negara tidak akan diapungkan, selain harga siling baharu akan diumumkan menteri berkaitan, dalam masa terdekat.
BACA: Tarif elektrik dan air di Semenanjung kekal, harga ayam tidak diapungkan - PM
Jelasnya, keputusan itu adalah keprihatinan kerajaan supaya rakyat tidak dibebani tekanan berpunca kenaikan kos sara hidup ketika ini.
Umavathi Ramayah
Sat Jun 25 2022
Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa prihatin mendengar rintihan rakyat dan sebarang keputusan yang diambil kerajaan akhirnya akan memberi faedah kepada rakyat. - Gambar BERNAMA
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.