KUANTAN: Seluruh ahli keluarga berdoa mengharapkan Fadzely Mohamed yang hilang selepas bot dinaiki bersama rakannya terbalik di perairan Karang Tanjung Pelindung dua hari lalu ditemui segera.
BACA: Nelayan hilang dalam kejadian bot terbalik
BACA: Setengah jam berpaut pada bot
Nurul Asyikin Mohamed, 38, adik kepada Fadzely berkata, seluruh ahli keluarga reda jika ditakdirkan abangnya telah meninggal dunia.
Menurutnya, namun tetap mengharapkan jasad abang ditemukan untuk dikebumikan.
"Saya harap abang dijumpai sama ada hidup atau pun mati. Saya kasihan melihat mak, ayah dan anak saudara demam kerana teringat abang, jika jumpa jasad abang sekurang-kurangnya kerinduan itu terubat.
"Jadi, saya minta semua orang mendoakan jasad abang dijumpai, kalau sudah tersurat (lemas) kami reda tapi kalau boleh, jika mati biarlah berkubur," katanya ketika ditemui di pantai Kampung Baru Beserah pada Isnin.
Ditanya mengenai perubahan sikap Fadzely sebelum kejadian itu, Nurul Asyikin berkata, abangnya yang masih belum berumah tangga itu kelihatan semakin pendiam berbanding sebelum ini begitu peramah.
Katanya, malah perbuatan tidak seperti kebiasaan apabila dilihat sering membaiki bot milik ayahnya tanpa disuruh dan turut mengatakan hasratnya untuk sama-sama turun ke laut bersama-sama ayahnya Mohamed Abas, 70.
"Ayah ada cerita, abang memang teringin ke laut bersamanya (ayah) dan mahu mencari modal untuk membaiki bot rosak.
"Namun impian itu tidak kesampaian apabila dia (abang) akan terlibat dalam tragedi bot karam," katanya.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Fadzely, 40, dikhuatiri lemas manakala rakannya, Abdul Mutalib Abdul Rahman, 38, berjaya diselamatkan dalam satu kejadian bot terbalik disebabkan kipas enjin bot terkena pukat tunda di perairan Karang Tanjung Pelindung pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa, Fadzely bersama Abdul Mutalib keluar memancing kira-kira jam 7 pagi dengan menaiki sebuah bot gentian kaca.
Kipas enjin bot yang mereka naiki terkena tali keroncong sebuah bot pukat tunda yang sedang menunda pukat di kawasan perairan itu dan menyebabkan kedua-duanya jatuh ke dalam laut dan tenggelam di bawah bot.
Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Carilamat dan Bantuan Bencana, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Leftenan Komander Maritim Mahathir Ismail berkata, pencarian sudah memasuki hari ketiga melibatkan operasi pencarian seluas 140 batu nautika persegi di perairan Karang Tanjung Pelindung.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat ini melibatkan aset udara dan laut dengan penglibatan agensi Maritim Malaysia, Polis Marin serta bantuan bot nelayan.
"Kita menghadapi pelbagai kesukaran dalam pencarian dan kemungkinan untuk mangsa terselamat adalah tipis.
"Namun kita masih berusaha untuk mencari sekiranya ada menjumpai jasad mangsa untuk dibawa balik," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 21 2022
Anggota Maritim Malaysia giat melakukan operasi mencari dan menyelamat Fadzely yang dikhuatiri lemas di perairan Karang Tanjung Pelindung pada Sabtu -Foto Sinar Harian
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.
Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM langkah penting meningkatkan keselamatan maritim.
Kapal USGC Munro singgah Kuantan, bukti hubungan kukuh AS, Malaysia
Munro diambil daripada nama Douglas Albert Munro, iaitu Pegawai USCG yang dianugerahkan pingat kehormat secara anumerta kerana kepahlawanan yang luar biasa ketika Perang Dunia Kedua.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.