KUALA LUMPUR: Ketika dunia menghadapi pandemik COVID-19 dan menuju ke arah pemulihan, adalah amat penting agar sektor swasta dan awam tidak menuju ke arah amalan rasuah.
Ketua Pegawai Penyelaras Japanese Chamber of Trade and Industry Malaysia (JACTIM), Kazuya Kitae berkata usaha-usaha antirasuah seperti Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA 2021) amat penting bagi meningkatkan kesedaran tentang inisiatif-inisiatif pencegahan rasuah ketika waktu genting ini.
“Malaysia telah melakukan tugas yang baik dalam mengadakan program ini dan menyebarkan idea ini ke seluruh negara. Kita jangan biarkan salah laku daripada terjadi dan kerana itu HARA 2021 amat penting dalam sesi hari ini,” katanya selepas menghadiri dialog sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2021 (HARA) yang diadakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Wisma Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) .
Sambutan bermula dengan pembentangan mengenai Ringkasan Usaha-Usaha Antirasuah di Malaysia yang merangkumi inisiatif antirasuah, undang-undang dan polisi. Antaranya ialah panduan tentang pemberian hadiah, penguatkuasaan liabiliti korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009, Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), Ikrar Bebas Rasuah (IBR), perisytiharan aset, portal perolehan dan pangkalan data pesalah rasuah “name and shame”.
Ketua Pematuhan, Davita Malaysia, Sumita Menon yang juga ahli American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) berkata, penjelasan mengenai perlaksanaan Liabiliti Korporat dalam Seksyen 17A Akta SPRM 2009 amat penting terutamanya tentang interpretasi sebahagian perkataan dalam akta tersebut.
“Sesi ini memperjelaskan kepada saya tentang pengurusan kanan dan individu yang dipertanggungjawabkan dan cara SPRM menyiasat perkara tersebut. Selain itu, panel-panel menjelaskan cara seseorang individu itu dituduh dan tahap kebertanggungjawaban atau impak terhadap sesebuah syarikat itu,” katanya sambil menambah, selaku ketua pematuhan di syarikatnya, maklumat tersebut amat penting.
Beliau berkata, dialog tersebut amat berhasil dan terbukti bahawa SPRM mudah didekati, responsif dan jelas dalam memberikan penjelasan yang memudahkan pemahaman.
Hal ini disokong oleh Presiden Taipei Investors’ Association In Malaysia, Lim Kai Min yang menyatakan beliau amat berbesar hati kerana SPRM mendengar suara-suara ekspatriat dan bersedia untuk membantu mereka mengenai masalah-masalah yang mereka hadapi.
“Kami juga mahukan lebih maklumat dan sumber yang boleh kami rujuk serta polisi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh SPRM. Kami mempunyai pasukan audit dalaman syarikat bagi mengaudit prosedur operasi standard dan kami ingin meningkatkan usaha-usaha pencegahan rasuah.”
Pembentangan tersebut dilakukan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Mohamad Tarmize Abd Manaf diikuti dengan sesi dialog antara komuniti korporat ekspatriat dan ahli panel dari SPRM yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali yang dibantu oleh Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Zamri Zainul Abidin, dan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Nazli Rasyid Sulong.
Astro Awani
Thu Dec 09 2021

Kazuya Kitae berkata usaha-usaha antirasuah seperti Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA 2021) amat penting bagi meningkatkan kesedaran tentang inisiatif-inisiatif pencegahan rasuah ketika waktu genting ini. - Foto SPRM
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Agenda reformasi tatakelola, antirasuah tekad kerajaan rencana hala tuju negara - PM
Agenda reformasi tatakelola pentadbiran selain hal berkaitan integriti dan antirasuah terus menjadi tekad serta keutamaan Kerajaan MADANI dalam merencana hala tuju negara yang lebih baik.

Reformasi sistem antirasuah diharap dapat dilaksana penggal ini - KRPPM
Perkara itu dilihat bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai memandangkan rangka kerja bagi pelaksanaan itu telah lama dibuat.

Shahabuddin Chuppu diumum Presiden Bangladesh ke-22
Pesara hakim dan bekas pesuruhjaya suruhanjaya antirasuah Mohammed Shahabuddin Chuppu diumum sebagai presiden Bangladesh pada Isnin, lapor Xinhua.

Modul antirasuh diperluas dalam kalangan pelajar TVET
Rancangan memasukkan modul KIAR ke dalam silibus pelajar TVET dijangkakan dilaksanakan seawal-awalnya pada Ogos tahun ini.

Ejen Miow bantu #RasuahBusters bawa mesej antirasuah
Ejen Meow mampu menjadi platform yang efektif dalam menyampaikan mesej anti rasuah berdasarkan status kucing sebagai haiwan yang dekat dengan masyarakat negara ini.

Lebih banyak inisiatif NACP dijangka selesai pada 2022 - GIACC
Ketua Pengarah GIACC, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan berkata ia berikutan momentum positif yang ditunjukkan oleh 27 ketua agensi peneraju.

Jawatankuasa bersama mengenai integriti dan anti-rasuah akan dibentuk - Rais
Sebuah jawatankuasa bersama mengenai integriti dan antirasuah akan dibentuk hasil rundingan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara.

Calon antirasuah boleh menang jika rakyat keluar mengundi - Tun Mahathir
Sekiranya rakyat memilih untuk tidak mengundi, calon yang tidak mempunyai integriti akan lebih berpeluang untuk menang.

ICW bangunkan platform antirasuah secara maya
Pengasas ICW, Adnan Topan Husodo menjelaskan platform yang dikenali sebagai Akademi Anti Rasuah itu mula dibina sejak 2018.

HARA 2021: SPRM, komuniti perniagaan ekspatriat kerjasama menentang rasuah
Usaha-usaha antirasuah seperti Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA 2021) amat penting bagi meningkatkan kesedaran tentang inisiatif-inisiatif pencegahan rasuah ketika waktu genting ini.