KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa bersama mengenai integriti dan antirasuah akan dibentuk hasil rundingan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang bersidang hari ini.
"Yang Dipertua Dewan Negara telah berunding dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan suatu kenyataan bersama akan dikeluarkan tidak lama lagi dan penubuhan jawatankuasa bersama ini akan diusahakan dalam tempoh terdekat.
"Mengambil perhatian pada masa ini hanya Dewan Negara yang telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah," kata Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara dalam kenyataan di sini.
Jawatankuasa berkenaan juga menurut Rais turut memutuskan bahawa isu berkaitan dengan pengawasan antirasuah di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletak di bawah pengawasan Parlimen, akan dibincangkan dan diperhalusi bersama oleh kedua-dua Dewan menerusi pentadbiran Yang Dipertua masing-masing.
"Jawatankuasa tersebut hari ini memberi pandangan bahawa perihal di atas perlu disegerakan memandangkan isu-isu berkenaan dengan tadbir urus, integriti dan antirasuah kian meningkat dan kebanyakan suara menjurus kepada sokongan syor tersebut," katanya.
Selain itu, turut diputuskan adalah mengenai usaha dan kempen antirasuah dalam negara selain perlu melibatkan ahli politik.
"Jawatankuasa berpendapat bahawa pihak yang memberi rasuah perlu disiasat dan diambil tindakan yang setimpal dan tidak hanya mereka yang menerima habuan sahaja yang diambil tindakan dan dituduh.
"Jawatankuasa mengambil maklum tentang imej negara yang dipudarkan lantaran kes-kes rasuah yang meningkat akhir-akhir ini. Langkah-langkah perlu wajib diambil bagi memperbaiki imej negatif ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang bersidang hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Jawatankuasa bersama mengenai integriti dan anti-rasuah akan dibentuk - Rais
Sebuah jawatankuasa bersama mengenai integriti dan antirasuah akan dibentuk hasil rundingan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara.