Hanya tugas operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km diserahkan di bawah kendalian Kementerian Pertahanan manakala operasi APMM di tempat lain masih di bawah pengurusan ibu pejabat agensi tersebut.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan berkenaan dilaksanakan bagi menyelaraskan operasi di sepanjang sempadan perairan Malaysia dan Filipina serta sebagai kemudahan untuk pembelian aset APMM nanti sesuai dengan kewujudan ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Sabah).
"Setakat ini tidak dapat dipastikan ia bersifat sementara atau kekal, namun jika mengikut sejarah ketika berlaku insurgensi komunis di Rajang, Sarawak, kita pernah mewujudkan Pengawal Pemerintah Keselamatan Rajang (RASCOM), namun bila masalah komunis telah selesai RASCOM tidak lagi wujud.
"Namun kita berharap agar krisis di Sabah dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 pagi ini.
Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelum ini di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Ahmad Zahid berkata dengan arahan terbaharu itu, perairan Sabah yang dikawal APMM, akan terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya dengan dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Mengulas mengenai dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 yang tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16 semalam, Ahmad Zahid berkata: "Ia bukan sekadar sebagai aset utiliti dan pengangkutan tetapi akan dilengkapi dengan peluru untuk serangan dari udara ke darat.
"Kita akan mengambil tindakan menyerang lebih agresif jika masih terdapat tanda-tanda penceroboh tidak mahu letak senjata dan ia sebagai langkah jangka pendek.
"Pada masa akan datang akan ada beberapa helikopter pelbagai guna yang akan ditempatkan secara tetap apabila ESSCOM diwujudkan secara rasmi nanti," katanya.
Semalam, helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas, tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16.
Selain helikopter tersebut, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang TLDM juga dijangka tiba secara berperingkat.
Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah mewujudkan program kaunseling bagi memberi khidmat kaunseling kepada pelajar dan guru yang terjejas akibat insiden pencerobohan.
Beliau berkata pasukan kaunseling ini telah bergerak ke sekolah-sekolah terutama ke kelas sementara yang dijalankan di pusat penempatan sementara.
"Program ini dijalankan untuk menenangkan kembali guru-guru dan pelajar yang terjejas perasaan mereka akibat insiden yang berlaku bagi membolehkan mereka meneruskan aktiviti pendidikan mereka," katanya.
Menurut Abd Ghafar setakat ini juga semangat guru-guru dan pelajar untuk meneruskan aktiviti persekolahan adalah tinggi walaupun terdapat tiga lagi sekolah yang ditutup untuk Operasi Daulat.
Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pelajar daripada tiga sekolah di Felda Sahabat yang masih ditutup untuk Operasi Daulat dibenar menghadirkan diri di mana-mana sekolah untuk meneruskan pelajaran.
Tiga sekolah yang berada dalam zon merah ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian yang mempunyai 18 guru dan 265 murid, SK Lok Buani (13 guru, 127 murid) dan SK Fajar Harapan (40 guru, 605 murid).
Bernama
Fri Mar 15 2013

AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Hanya tugas APMM di perairan timur Sabah bawah Kementah
Hanya tugas operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km diserahkan di bawah kendalian Kementerian Pertahanan.

Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab jaga perairan Sabah
Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).
APMM akan bina pondok kawalan di Felda Sahabat
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.

Penagih dadah, pendatang tanpa izin ditahan
Sebanyak 58 penagih dadah dan 13 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam satu operasi bersepadu di Kuantan.