TUMPAT: Seorang mangsa kebakaran rumah di Kampung Dalam Rhu mendakwa hanya sempat mencapai sehelai kain pelikat yang digunakan untuk sembahyang sebelum enam kediaman di sini terbakar pada Sabtu.
Abdul Razak Deraman, 74, berkata, kejadian berlaku selepas dia selesai menunaikan solat Zohor.
Menurut Abdul Razak, ketika itu dia terdengar bunyi letusan api sebelum membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya nampak kepulan asap hitam dari rumah jiran dan mendapati rumahnya terbakar.
“Saya terus bergegas mencapai dompet berisi kad pengenalan dan sempat mengambil kain pelikat yang digunakan untuk sembahyang sebelum itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, kejadian pada jam 1.40 tengah hari tersebut turut memusnahkan rumah anak tirinya, Muslina Mohd Ismail, 48, yang terletak berdekatan.
Dia yang tinggal bersendirian mendakwa tidak sempat menyelamatkan barangan lain miliknya.
“Penduduk kampung cuba untuk memadamkan kebakaran namun api marak dengan pantas kerana cuaca panas dan berangin.
“Rumah kami berkedudukan rapat, semua mangsa di keenam-enam rumah yang terbakar hanya sempat menyelamatkan diri,” katanya.
Abdul Razak yang menjalankan perniagaan nasi itu berkata, reda dengan kejadian dan menerimanya sebagai ujian daripada ALLAH SWT pada bulan Ramadan.
Anggota bomba memadamkan api yang masih bersisa dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Tumpat.
Dia memaklumkan akan menumpang tinggal di rumah anak saudaranya di daerah sama buat sementara waktu.
“Semua milik ALLAH dan kejadian ini pun atas kehendak-Nya,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Ahmad Ramadan Johari, 25, berkata, dia menyedari kejadian apabila terhidu bau asap selepas menunaikan solat Zohor.
“Bila buka tingkap nampak api pada dinding rumah jiran menyebabkan saya menjerit untuk memberitahu jiran lain.
“Saya sempat capai beg galas kerana sangka ada pakaian di dalamnya rupa-rupanya baju berada di dalam mesin basuh yang turut hangus dalam kebakaran tersebut,” katanya.
Ahmad Ramadan berkata, dia tinggal di rumah tersebut bersama isteri, dua anak dan ibu bapanya namun ketika kejadian hanya berseorangan di rumah.
“Nasib baik orang lain semua keluar ke Kota Bharu dan tidak berada di rumah.
“Buat masa ini, kami menumpang di rumah jiran dan tidak dapat bayangkan bagaimana hendak menyambut Aidilfitri nanti tanpa ada tempat tinggal,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 09 2022
!['Hanya sempat capai sehelai kain pelikat' 'Hanya sempat capai sehelai kain pelikat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649544058_TBmangsakebakaran.jpg)
Mangsa kebakaran, Abdul Razak Deraman, 74, menunjukkan rumahnya yang terbabit dalam kebakaran enam rumah pada Sabtu. -Gambar fail/Bernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736556350_PalisadesFireFire.jpg)
Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa
Lima kematian berlaku dalam kebakaran di kejiranan Palisades, manakala enam lagi disebabkan oleh kebakaran Eaton.
![PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722182641_TBPMBANTU.jpg)
PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.
![RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709730704_rumahatasair.jpg)
RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.
![Jiran nampak percikan api pada kotak fius di rumah saya - Mangsa Jiran nampak percikan api pada kotak fius di rumah saya - Mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707717000_TBFLATSRISABAHBAKAR.jpg)
Jiran nampak percikan api pada kotak fius di rumah saya - Mangsa
Law yang tinggal di flat tersebut bersama ibunya berkata dia terkejut dengan kejadian itu setelah menghuni di rumah berkenaan sejak lahir.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.
![Lelaki selamatkan jiran dalam kebakaran meninggal dunia Lelaki selamatkan jiran dalam kebakaran meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706084311_TBredahapijpg.jpg)
Lelaki selamatkan jiran dalam kebakaran meninggal dunia
Lelaki yang sanggup bergadai nyawa meredah api menyelamatkan keluarga jirannya dalam kebakaran rumah di Taman Merinding, di sini pada Khamis, disahkan meninggal dunia.
![Wira APM melecur lalui pemulihan memeritkan Wira APM melecur lalui pemulihan memeritkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704601241_MohdSyafiq.jpg)
Wira APM melecur lalui pemulihan memeritkan
Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah kini terlantar kesakitan dan melalui fasa pemulihan yang memeritkan.
![Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683433105_kebakaran.jpg)
Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan
Mangsa kebakaran, Raja Norhanani Norabidin Shah berkata, akibat kejadian itu, mereka terpaksa membatalkan menu yang ditempah pelanggan untuk jamuan rumah terbuka.
![PM, Menteri Pertahanan salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rembau PM, Menteri Pertahanan salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rembau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682595974_TBShamsulIskandar.jpg)
PM, Menteri Pertahanan salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rembau
Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong menerima bantuan kewangan daripada Anwar dan Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun malam tadi.
![Enam keluarga mangsa kebakaran dapat rumah PPRT bernilai RM66,000 Enam keluarga mangsa kebakaran dapat rumah PPRT bernilai RM66,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674532898_ZahidHamidi.jpg)
Enam keluarga mangsa kebakaran dapat rumah PPRT bernilai RM66,000
Ahmad Zahid berharap semoga bantuan yang diberikan dapat segera membantu keluarga yang terkesan.