SERDANG: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengesahkan hanya menerima satu laporan berhubung penggunaan Kod Sukan Selamat, setakat ini.
Hannah berkata laporan itu berkaitan dengan kes pelumba wanita negara daripada acara skuad berbasikal bukit (MTB) yang mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri pada Mac lalu.
"Setakat ini yang dimaklumkan kepada (KBS) hanya kes (pelumba wanita dakwa menjadi mangsa gangguan seksual) ini.
"Namun, perkara itu dikendalikan oleh pegawai pelindung Majlis Sukan Negara (MSN) dan difahamkan siasatan polis masih lagi berlangsung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat Bersama Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia di Bunga Kemboja Fitness, Seri Kembangan, Selangor hari ini.
Menurut Hannah atlet itu sudah menyambung latihan untuk mewakili negara di Sukan SEA Kemboja dan pihaknya sentiasa memastikan tiada lagi gangguan terhadap atlet itu.
Hannah juga berkata sehingga hari ini beliau belum mengadakan pertemuan empat mata dengan mana-mana pihak berkaitan kes itu sebaliknya hanya mendapatkan maklumat terkini daripada pegawai pelindung MSN kerana mereka mahu menjaga kerahsiaan identiti mangsa.
Kod dibangunkan KBS pada 15 Mac lalu itu adalah garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan dalam sukan.
Selain itu, ia dapat memperkukuh aspek integriti dalam tadbir urus badan sukan dan ekosistem sukan negara secara menyeluruh.
Mengulas mengenai Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat Bersama Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia, Hannah berkata ini adalah usaha produktif pihaknya memberi kesedaran berkaitan keselamatan seseorang ketika bersukan.
KBS turut memperuntukkan RM20,000 kepada Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia bagi membantu kelangsungan sektor industri itu untuk terus maju selepas pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Hannah berkata laporan itu berkaitan kes pelumba wanita negara daripada acara MTB yang mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri pada Mac lalu. -Gambar fail/Bernama
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infaq, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
Perlu ada peruntukan halang tindakan balas oleh organisasi terhadap pengadu gangguan seksual
Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) perlu dipinda dengan memasukkan peruntukan yang menghalang organisasi daripada mengenakan tindakan balas terhadap pengadu.
Perkenalkan mekanisme aduan gangguan seksual secara 'e-filing' - Presiden AWL
Kaedah digitalisasi ini akan membuka akses lebih luas kepada individu di luar bandar untuk melaporkan insiden gangguan seksual.
KPWKM cadang Akta Antigangguan Seksual 2022 dipinda untuk ditambah baik
KPWKM mencadangkan agar Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), dipinda untuk ditambah baik dalam menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.
Ebit Lew minta saksi padam mesej melalui WhatsApp
Menurut saksi itu, Lew turut memberitahunya menerusi mesej WhatsApp pada 30 Julai 2021 bahawa telefon bimbit milik pendakwah berkenaan akan dirampas oleh pihak polis.
Gangguan seksual terhadap kerani bank: Siasatan polis di peringkat akhir
Siasatan kes seorang pegawai operasi sebuah bank di Bercham, berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita rakan sekerjanya berada di peringkat akhir.
Saksi tidak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak menyerahkan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Lew, kepada polis.
Mesej teks Ebit Lew berkaitan seks - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa teks mesejnya pada 7 Mei 2021 dengan pendakwah tersebut adalah perbualan berkaitan dengan seks.
Kes Ebit Lew: Tiada perbincangan dibuat bersama Firdaus Wong - Pengadu
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu bahawa tiada perbincangan dilakukan bersama Firdaus Wong selepas laporan polis dibuat.
Kes Ebit Lew: Saksi padam gambar, mesej sebelum buat laporan polis
Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pengarah syarikat badan berkanun disiasat atas tuduhan gangguan seksual
Individu tersebut didakwa melakukankan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara di sini.