Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengambil pekerja dari Korea Utara, dan mereka ditugaskan di tujuh buah syarikat, kebanyakannya di lombong arang batu Selantik di bahagian Sri Aman.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata bagi kementerian itu, pekerja terbabit dikategorikan sebagai pekerja bukan pemastautin, yang ditadbirkan mengikut Ordinan Buruh Sarawak.
Beliau berkata Sarawak mempunyai 'jawatankuasa penempatan' yang bertanggungjawab atas urusan berkaitan pekerja bukan pemastautin, dengan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan negeri, manakala Pengarah Jabatan Tenaga Rakyat Sarawak, hanya berada dalam jawatankuasa itu sebagai seorang daripada anggotanya.
"Sepanjang pengetahuan saya, perkara berkaitan pekerja bukan pemastautin ini kami serahkan kepada jawatankuasa berkenaan, ia tidak ada kena mengena dengan Kementerian Sumber Manusia," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di sini hari ini.
Sementara itu, Abang Johari mengulangi bahawa beliau masih menunggu arahan daripada kerajaan persekutuan dalam mengendalikan 176 warga Korea Utara yang masih berada di Sarawak.
Beliau berkata hubungan dua hala yang tegang antara Malaysia dan Korea Utara hanya tercetus baru-baru ini, dan persoalan yang timbul sekarang adalah sama ada pekerja terbabit akan dihantar pulang atau sebaliknya.
Katanya sejumlah 140 warga Korea Utara ditahan oleh Jabatan Imigresen disebabkan permit kerja mereka telah pun tamat tempoh.
"Kebanyakan mereka adalah pekerja pembinaan yang bekerja di Lawas serta Miri dan sudah tentulah mereka mesti dihantar pulang.
"Sejumlah 36 orang lagi yang bekerja di lombong arang batu di Selantik di bahagian Sri Aman, masih mempunyai permit kerja yang sah. Mereka ketika ini bekerja di tapak kerja berdasarkan senarai yang kami ada," katanya.
Abang Johari berkata berikutan keadaan semasa, kerajaan negeri perlu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan persekutuan terlebih dahulu.
Ditanya sebab hanya Sarawak yang mengambil pekerja dari Korea Utara, beliau berkata pengambil pekerja itu dibuat berdasarkan kemahiran mereka, misalnya bekerja di lombong arang batu.
"Perlu diingat juga bahawa semasa mereka dibawa masuk ke negara ini, Malaysia dan Korea Utara mempunyai hubungan diplomatik yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017
![Hanya Sarawak ambil pekerja dari Korea Utara - Richard Riot Hanya Sarawak ambil pekerja dari Korea Utara - Richard Riot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437661064_RICHARDRIOT.jpg)
RIOT: Perkara berkaitan pekerja bukan pemastautin tidak ada kena mengena dengan Kementerian Sumber Manusia.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Sekurang-kurangnya 21 maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan Sekurang-kurangnya 21 maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698495405_minefire.jpg)
Sekurang-kurangnya 21 maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan
Sekurang-kurangnya 21 pekerja maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan.
![Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673996367_edgeoftheGarzwei.jpg)
Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman
Aktivis alam sekitar dan iklim itu telah dibebaskan selepas pemeriksaan identiti oleh polis.
![Angka kematian letupan di lombong arang batu meningkat Angka kematian letupan di lombong arang batu meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665806250_coalmine.jpg)
Angka kematian letupan di lombong arang batu meningkat
19 orang dimasukkan ke hospital dan ketika kejadian terdapat 115 pekerja di lombong berkenaan.
![14 maut akibat letupan dalam lombong arang batu 14 maut akibat letupan dalam lombong arang batu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665786694_Explosion.jpg)
14 maut akibat letupan dalam lombong arang batu
Insiden berlaku di wilayah pantai Laut Hitam, Amasra pada Jumaat.
![Guna dron bawah air selamatkan 10 pelombong terperangkap Guna dron bawah air selamatkan 10 pelombong terperangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660012376_Gunadronbawahair.jpg)
Guna dron bawah air selamatkan 10 pelombong terperangkap
Dron yang disediakan oleh tentera laut itu mempunyai kamera resolusi tinggi dan cahaya untuk mengenal pasti halangan.
![8 terbunuh dalam letupan lombong arang batu 8 terbunuh dalam letupan lombong arang batu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81648852587_SerbiaMineAccident.jpg)
8 terbunuh dalam letupan lombong arang batu
Siasatan mendapati, sebahagian stuktur lombong ranap sehingga menyebabkan pekerja lombong terperangkap di dalam.
![Lima terbunuh dalam letupan lombong arang batu di Pakistan Lima terbunuh dalam letupan lombong arang batu di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644117525_GenericMineStone.jpg)
Lima terbunuh dalam letupan lombong arang batu di Pakistan
Tragedi berlaku akibat pengumpulan gas metana di lombong arang batu itu.
![21 masih terperangkap dalam banjir lombong arang batu Xinjiang 21 masih terperangkap dalam banjir lombong arang batu Xinjiang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618111403_REUTERSWilliamHong.jpg)
21 masih terperangkap dalam banjir lombong arang batu Xinjiang
Sejumlah 12 pelombong yang masih terperangkap berjaya dikesan dan bakal diselamatkan, manakala sembilan pekerja lagi belum ditemukan.
![Hanya Sarawak ambil pekerja dari Korea Utara - Richard Riot Hanya Sarawak ambil pekerja dari Korea Utara - Richard Riot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437661064_RICHARDRIOT.jpg)
Hanya Sarawak ambil pekerja dari Korea Utara - Richard Riot
Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengambil pekerja dari Korea Utara, dan mereka ditugaskan di tujuh buah syarikat, kebanyakannya di lombong arang batu Selantik di bahagian Sri Aman.
![Siasatan punca letupan lombong arang batu belum dapat dilakukan - Bomba Siasatan punca letupan lombong arang batu belum dapat dilakukan - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/71416670039_295x200.jpg)
Siasatan punca letupan lombong arang batu belum dapat dilakukan - Bomba
Kerja-kerja menyiasat punca sebenar kejadian letupan lombong arang batu di Pantu, dekat sini masih belum dapat dilakukan.