KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menerima pakai surat pengesahan daripada enam kementerian dan beberapa agensi tertentu bagi membenarkan pekerja bergerak ke tempat kerja semasa sekatan jalan raya (SJR) yang akan bermula Selasa ini.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata surat itu adalah sebagai bukti untuk membenarkan pergerakan pekerja dari kediaman ke tempat kerja.
"Orang ramai diingatkan agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah disenaraikan ketika melalui SJR dan mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kementerian terbabit ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan serta Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan.
Katanya bagi sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi pula, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil manakala bagi yang memiliki lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI.
"Bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) atau LGM manakala bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI.
"Semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya akan diterima pakai bagi kebenaran pergerakan," katanya.
Acryl Sani berkata selain itu, surat pengesahan kebenaran pergerakan dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier serta penyiaran.
Beliau berkata bagi sektor institusi kewangan, insurans dan urus niaga saham, surat pengesahan masing-masing akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) serta Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Katanya pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengeluarkan surat pengesahan untuk sektor peniaga kecil, penjaja gerai makanan dan trak makanan manakala pengeluaran lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI.
"Dokumen pengesahan ini hendaklah bertarikh 1 Jun 2021 dan pihak yang tiada sebarang dokumen sah atau telah tamat tempoh iaitu sebelum tarikh itu akan diarahkan berpatah balik.
"PDRM juga akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri," katanya.
Acryl Sani berkata bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperoleh daripada polis secara sekali beri dalam tempoh 1 hingga 14 Jun ini.
Beliau berkata PDRM akan memberikan kebenaran secara sekali beri iaitu bagi tempoh dua hingga tiga hari kepada pekerja di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen, invois pembayaran gaji dan sebagainya namun mereka perlu menyediakan surat pengesahan majikan sebagai bukti.
Katanya bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri melalui MITI manakala pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes baharu (reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR.
Bernama
Sun Jun 06 2021

Acryl Sani berkata surat itu adalah sebagai bukti untuk membenarkan pergerakan pekerja dari kediaman ke tempat kerja. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.

Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.

Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.

Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.

Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.

147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.

51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.