KUALA LUMPUR: Jumlah kes COVID-19 di Malaysia setakat Rabu, 8 September 2021 adalah berjumlah 1,900,467, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut, hanya 8.7 peratus atau 166,379 kes membabitkan individu yang sudah menerima vaksin lengkap.
“1,734,088 kes (91.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksinasi.
“Daripada jumlah itu, 1,449,632 kes (76.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi dan 284,456 kes (15.0 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tidak lengkap divaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam kenyataan sama, Dr Noor Hisham berkata, daripada 19,733 kes harian yang dilaporkan pada Rabu, hanya 2.2 peratus atau 429 kes adalah kategori 3, 4, dan 5.
BACA: 19,733 kes COVID19 hari ini, Sarawak kekal tertinggi
“Manakala 19,304 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” ujarnya.
Daripada pesakit kategori 1 dan 2, 64.7 peratus daripada mereka tidak pernah menerima vaksin atau tidak lengkap vaksinasi dan hanya 35.3 peratus sudah lengkap menerima dua dos vaksin.
Manakala daripada pesakit kategori 3 hingga 5 pula, 77.2 peratus daripada mereka tidak pernah menerima vaksin atau tidak lengkap vaksinasi dengan hanya 22.8 peratus sudah lengkap divaksin.
“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan juga kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi.
“Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin COVID-19, adalah dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti COVID-19.
“Pada masa yang sama masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19,” katanya.
Astro Awani
Wed Sep 08 2021
Dr Noor Hisham mengingatkan masyarakat supaya terus mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM
Keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Penjawat awam gagal lengkapkan vaksinasi COVID-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib, ditamatkan perkhidmatan
Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Bekas Setiausaha Negara A.S Colin Powell meninggal dunia akibat COVID-19
Bekas Setiausaha Amerika Syarikat, Colin Powel dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi COVD-19, menurut ahli keluarganya.
Tidak lengkap vaksinasi? Tiada tolak ansur - Polis Terengganu
Pemantauan akan dilaksanakan di lokasi tumpuan pelancong termasuk pulau peranginan, Tasik Kenyir dan pusat rekreasi.
Tiada kuarantin masuk Sabah bagi individu lengkap vaksinasi - Masidi
Kuarantin wajib digugurkan kecuali bagi individu yang belum lengkap divaksinasi, dan individu bergejala sewaktu saringan.
Sembilan daerah di Sabah dikecualikan dari sistem rentas zon
Sebanyak sembilan daerah di Sabah dikecualikan daripada sistem rentas zon yang berkuat kuasa esok.
Projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi mula tunjuk kejayaan - Nancy
Pulau Langkawi di Kedah, yang menjadi projek rintis Gelembung Pelancongan di negara ini, mula menunjukkan kejayaan sejak ia dibuka pada Khamis lepas.
COVID-19: Hampir 100 peratus pegawai, anggota PDRM lengkap divaksin
Hampir 100 peratus pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim.
Lebih separuh penduduk dewasa sabah lengkapkan vaksinasi COVID-19 - Masidi
Lebih separuh penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka hingga semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Hanya 8.7 peratus penerima vaksin lengkap dijangkiti COVID-19 - Dr Noor Hisham
1,734,088 kes (91.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksinasi.