TAIPING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya menerima 31 laporan kesan mudarat berikutan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini yang diklasifikasikan sebagai serius, setakat ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata jumlah itu merupakan daripada keseluruhan 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sehingga 2 Ogos lepas.
"Mereka (kanak-kanak) yang terkesan AEFI ini telah diberikan rawatan yang sewajarnya di hospital dan telah pulang ke rumah. Kebanyakan mereka yang terkesan AEFI ini mengalami gejala seperti demam serta sedikit kesakitan dan bengkak di tempat suntikan.... itu perkara biasa," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Sirajuddin Hashim di pusat beli-belah Aeon Mall Taiping di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Azmi berkata bayi yang menjalani proses penyusuan ibu sekurang-kurangnya enam bulan mampu menghindari penyakit yang serius antaranya penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Beliau berkata ini kerana susu ibu adalah makanan mempunyai cukup zat dan nutrien, selamat serta bersih berbanding susu formula.
"Susu ibu mampu memberi daya tahan atau antibodi yang lebih tinggi kepada bayi dan kanak-kanak. Badan mereka lebih mempunyai daya tahan yang tinggi dan imun sistem yang lebih baik untuk menghalang penyakit atau pun kalau terkena penyakit pun, tidaklah begitu teruk," katanya.
Terdahulu, Dr Azmi dalam ucapannya berkata KKM telah meletakkan inisiatif penyusuan susu ibu dalam kerangka Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) antaranya Inisiatif Hospital Rakan Bayi, Klinik Rakan Bayi dan Penubuhan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu.
"Pihak KKM juga memudahcara penubuhan Kumpulan Sokongan Penyusuan susu ibu di setiap fasiliti kesihatan dan menjalankan latihan kepada anggota kumpulan sokongan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Mereka (kanak-kanak) yang terkesan AEFI ini telah diberikan rawatan yang sewajarnya di hospital dan telah pulang ke rumah. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).