KLANG: Hanya tiga jenis premis di Selangor dibenarkan untuk menjalankan sembelihan bagi aktiviti ibadah korban sempena perayaan Aidiladha yang akan disambut umat Islam 20 Julai ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata premis yang dibenarkan ialah rumah sembelih veterinar atau rumah sembelihan swasta serta ladang atau kandang ternak yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (JPVS); dan masjid di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan (NGO) mesti menjalankan (sembelihan) di tempat ini dan perlu berdaftar serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.
"Kalau melalui masjid, pihak pengurusan akan daftarkan nama itu dengan pejabat agama Islam daerah (PAID) (di bawah JAIS) manakala untuk yang dua lagi boleh terus kepada JPVS," katanya dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum bantahan wakil penduduk Sri Mersing, Taman Sri Andalas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang hari ini.
Mohd Zawawi berkata berhubung status perkembangan proses vaksinasi kepada petugas ibadah korban, beliau berkata pihaknya hanya mensyaratkan sekurang-kurangnya mereka telah selesai mendapat satu dos suntikan.
Terdahulu, Mohd Zawawi berkata hasil perbincangan pihaknya bersama PKD Klang hari ini bersetuju bagi menyemak semula lokasi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Dewan Sukan Taman Sri Andalas, dekat sini yang didakwa lokasi hampir dengan perumahan penduduk di kawasan itu.
Jelasnya, PKD tersebut akan segera melakukan penambahbaikan antaranya mengawal keadaan lalu lintas, menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan menyediakan lokasi tempat letak kereta bersesuaian untuk pesakit yang hadir ke CAC tersebut.
-- BERNAMA
Astro Awani
Mon Jul 12 2021
Premis yang dibenarkan ialah rumah sembelih veterinar atau rumah sembelihan swasta serta ladang atau kandang ternak yang berdaftar dengan JPVS; dan masjid di bawah JAIS. - Gambar/ Bernama
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Serangan Israel ke atas Yaman hanya tingkatkan ketegangan
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Yaman.
Enam terkorban dalam serangan Israel ke atas Yaman
Enam dilaporkan maut setakat ini akibat serangan rejim Zionis ke atas beberapa fasiliti yang dikaitkan dengan pejuang Houthi di Yaman. Agensi Berita Saba yang dikawal Houthi melaporkan tiga terbunuh dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa dan tiga lagi terbunuh di Hodeidah.
Kerosakan akibat Taufan Helene meluas, musnahkan penempatan
Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper sifatkan, Taufan Helene yang melanda negeri itu sebagai "meluas dan memusnahkan."
Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 39,480, lebih 91,128 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya.
MAIWP korban 17 ekor lembu untuk asnaf sempena ulang tahun ke-50
Diagihkan kepada 500 asnaf dari sekitar Parlimen Batu, sumbangan daripada individu, warga kerja MAIWP serta anak-anak syarikat MAIWP.
Kambing korban 'terbang' ke atas bumbung rumah
Kambing yang tidak diikat tali itu melompat ke atas bumbung rumah salah seorang penduduk desa secara tiba-tiba.
135 petugas UNRWA terkorban dalam operasi di Gaza
Mereka merupakan sebahagian daripada 188 petugas PBB yang kehilangan nyawa semasa menjalankan tugas tahun lepas.
Aidiladha: Tarikh lihat anak bulan Zulhijjah pada 7 Jun
Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah tahun ini ditetapkan pada petang Jumaat, 7 Jun 2024, bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijrah, di 29 lokasi.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Kertas siasatan insiden lemas di Teluk Batik dirujuk kepada TPR - Exco
Kertas siasatan berhubung insiden bot rekreasi terbalik yang mengorbankan seorang wanita akibat lemas di Teluk Batik, Lumut, 28 Ogos lepas telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Keluarga Ketua Biro Al Jazeera antara korban serangan Israel di Gaza
Serangan udara Israel di tengah Gaza pada Selasa turut meragut nyawa anggota keluarga terdekat ketua biro Al Jazeera di Gaza.
9 warga Britain sah terbunuh setakat ini - Jurucakap Rishi Sunak
Perdana Menteri Rishi Sunak mengekalkan pendirian memberi sokongan terhadap Israel dalam situasi yang berlaku ketika ini.