Gara-gara menghantar gambar kemaluan dan ayat berunsur lucah kepada isteri orang, seorang lelaki dipenjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas seorang penganggur, Abdul Rahim Mohd Abas, 34, selepas dia mengaku bersalah menghantar gambar dan ayat berunsur lucah kepada wanita berusia 31 tahun itu melalui telefon bimbit miliknya.
Dia melakukan kesalahan itu di Nombor 17-3, Putri Apartment, Taman Setiawangsa, Off Jalan Jelatek, Wangsa Maju di sini, pada 7 Jan lepas, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap pada 9 Jan lepas dan akan dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
Terdahulu, Nur A'minahtul Mardiah menegur Abdul Rahim yang kelihatan teragak-agak dan ragu-ragu ketika ditanya mengenai latar belakangnya semasa rayuan bagi meringankan hukuman.
"Tunjuk kemaluan pandai, jawab soalan tak pandai," katanya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa menerima gambar kemaluan seorang lelaki melalui telefon bimbit daripada nombor yang tidak dikenali dan memaklumkan kepada suaminya.
Suami mangsa kemudian meminta tertuduh untuk berjumpa di LRT Setiawangsa sebelum menangkap dan menghantarnya ke balai polis.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal dengan alasan perbuatan tertuduh telah menjejaskan ketenteraman awam dan menyebabkan trauma kepada mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2017
Gara-gara menghantar gambar kemaluan dan ayat berunsur lucah kepada isteri orang, seorang lelaki dipenjara sebulan dan denda RM1,500. - Gambar hiasan
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Hantar gambar kemaluan dan ayat lucah, seorang lelaki dipenjara, didenda
Gara-gara menghantar gambar kemaluan dan ayat berunsur lucah kepada isteri orang, seorang lelaki dipenjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.