KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Lim Kit Siang terhadap Tun Mohammed Hanif Omar dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd selesai selepas bekas Ketua Polis Negara dan syarikat berkenaan memohon maaf kepada pemimpin veteran DAP itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Lim selaku plaintif berkata kedua-dua defendan (Mohammed Hanif dan Sinar Karangkraf) membacakan kenyataan permohonan maaf pada prosiding kes itu yang berlangsung secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon.
Mahkamah kemudian merekodkan penghakiman persetujuan kes tersebut, kata peguam itu ketika dihubungi pemberita.
Peguam Datuk Muralee Menon yang mewakili Mohammed Hanif dan peguam Zuwita Kamaruzaman yang bertindak bagi pihak Sinar Karangkraf, turut serta dalam prosiding itu.
Perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung hari ini hingga 23 Sept secara dalam talian, namun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya melalui penghakiman persetujuan.
Berdasarkan draf persetujuan itu, Mohammed Hanif selaku defendan pertama akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap Lim di Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 6 Sept 2018.
"Saya dengan ini merakamkan permohonan maaf tanpa syarat berkenaan kenyataan yang telah saya buat membabitkan plaintif di konvensyen itu. Saya menarik balik kenyataan saya secara keseluruhannya dan tanpa syarat.
"Saya mengesahkan bahawa penahanan plaintif pada tahun 1969 bukan atas sebab bahawa beliau telah meminta Malaysia dibahagikan atas dasar perkauman dan seterusnya saya juga mengesahkan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sedemikian," menurut Mohammed Hanif dalam draf persetujuan itu.
Menurut draf persetujuan itu, plaintif menerima permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan oleh defendan pertama dan plaintif akan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap defendan pertama seperti terkandung dalam pernyataan bertarikh 7 Sept 2018, yang disiarkan di blog beliau, di laman web Rocketkini dan tweet plaintif bertarikh 7 Sept 2018 serta menarik balik tuntutan saman terhadap defendan pertama tanpa perintah berkenaan kos.
Menerusi draf persetujuan defendan kedua (Sinar), syarikat itu antaranya akan menyiarkan permohonan maaf bertulis secara terbuka kepada plaintif berkenaan penerbitan artikel bertarikh 6 Sept 2018 dan 11 Sept 2018 dan menarik balik dua artikel berkenaan secara serentak.
Permohonan maaf bertulis secara terbuka akan disiarkan di Sinar Harian Online dan akhbar Sinar Harian secara bercetak, selewat-lewatnya pada 25 Sept ini serta dibacakan di mahkamah.
Plaintif akan menarik balik tuntutan terhadap defendan kedua dengan kos berjumlah RM20,000 yang akan dibayar syarikat itu selewat-lewatnya pada 27 Sept ini.
Lim yang memfailkan saman pada 17 Okt 2018, mendakwa Mohammed Hanif mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap di konvensyen itu yang telah diterbitkan dan disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.
Menerusi pernyataan tuntutan, pemimpin kanan DAP itu mendakwa kata-kata fitnah berkenaan antara lain membawa maksud bahawa beliau bertanggugjawab dan berniat mengarahkan DAP untuk memisahkan atau membahagikan Semenanjung Malaysia kepada dua bahagian berdasarkan kaum dan berniat untuk memecahkan kaum Melayu dan Cina.
Plaintif mendakwa defendan kedua (Sinar) telah bertindak dengan niat jahat apabila mencetak, menyiarkan, menerbit dan mengedarkan kata-kata fitnah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
![Hanif Omar, Sinar mohon maaf kepada Kit Siang, kes saman selesai Hanif Omar, Sinar mohon maaf kepada Kit Siang, kes saman selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632129002_TBKITSIANGHANIFjpg.jpg)
Berdasarkan draf persetujuan itu, Mohammed Hanif akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap Lim di Konvensyen Karamah Bangsa di UiTM, Shah Alam pada 6 Sept 2018. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Hanif Omar, Sinar mohon maaf kepada Kit Siang, kes saman selesai Hanif Omar, Sinar mohon maaf kepada Kit Siang, kes saman selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632129002_TBKITSIANGHANIFjpg.jpg)
Hanif Omar, Sinar mohon maaf kepada Kit Siang, kes saman selesai
Kes saman fitnah Lim Kit Siang terhadap Tun Mohammed Hanif Omar dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd selesai hari ini.
![Integriti kepolisan Tan Sri Zaman Khan wajar dicontohi warga PDRM - Tun Hanif Integriti kepolisan Tan Sri Zaman Khan wajar dicontohi warga PDRM - Tun Hanif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61609233102_TunMohammedHanifOm.jpg)
Integriti kepolisan Tan Sri Zaman Khan wajar dicontohi warga PDRM - Tun Hanif
Nilai kepolisan yang diserapkan oleh Allayarham sepanjang perkhidmatannya wajar dijadikan contoh oleh warga PDRM ketika ini.
![Sinar Karangkraf dinamakan defendan kedua dalam kes saman fitnah Lim Kit Siang Sinar Karangkraf dinamakan defendan kedua dalam kes saman fitnah Lim Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589182857_courtgavelmahkam.jpg)
Sinar Karangkraf dinamakan defendan kedua dalam kes saman fitnah Lim Kit Siang
Pada 17 Okt 2018, Lim menyaman Mohammed Hanif atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap pada Konvensyen Karamah Bangsa di UiTM Shah Alam pada 6 Sept 2018.
![Pembubaran Parlimen bukan penyelesaian terbaik - Hanif Omar Pembubaran Parlimen bukan penyelesaian terbaik - Hanif Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41582863922_GerakanPertahankan.jpg)
Pembubaran Parlimen bukan penyelesaian terbaik - Hanif Omar
Ini kerana, katanya, negara masih belum mencapai tahap ancaman darurat sehingga langkah pembubaran Parlimen perlu diambil.
![Hanif Omar tak nyanyuk Hanif Omar tak nyanyuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61443797498_haniffomar.jpg)
Hanif Omar tak nyanyuk
Meskipun digelar nyanyuk, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dilihat seakan tidak terkesan atau marah dengan kenyataan dibuat veteran DAP, Lim Kit Siang.
![Tanah rizab Melayu kurang, Pas tuntut penjelasan Tanah rizab Melayu kurang, Pas tuntut penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71533910988_ketuapemudapas.jpg)
Tanah rizab Melayu kurang, Pas tuntut penjelasan
Ia susulan fakta yang dikemukakan bekas Ketua Polis Negara itu, bahawa tanah rizab Melayu yang terdapat di seluruh negara hanya tinggal 12 peratus, berbanding 50 peratus sebelum ini.
![Ahli Parlimen jangan jahil perlembagaan - Khoo Kay Kim Ahli Parlimen jangan jahil perlembagaan - Khoo Kay Kim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41436240491_KHOOKAYKIM.jpg)
Ahli Parlimen jangan jahil perlembagaan - Khoo Kay Kim
Ahli-ahli Parlimen perlu celik sejarah Perlembagaan Persekutuan sebelum meminda sesuatu undang-undang.