PEKAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah mendahului senarai 128 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-62 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan istiadat penganugerahan itu di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis santapan yang berlangsung selepat tamat istiadat pengurniaan tersebut.
Hamzah dan Saifuddin antara 15 penerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama-sama ialah Ahli Lembaga Pengarah Deru Semangat Sdn Bhd Datuk Raja Shaharudin Shah Raja Jalil Shah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan KSU Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Penerima lain ialah Ketua Pengarah (KP) Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Panglima Tentera Udara Markas Tentera Udara Lt Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Zamri Yahya dan bekas KSU Kementerian Kerja Raya Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.
Turut menerima SSAP ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob, bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gabungan AQRS Bhd Datuk Azizan Jaafar, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Datuk Abdul Farid Alias dan bekas KP Kastam Datuk Paddy Abd Halim.
Sementara itu, sembilan individu dianugerahkan darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah, KP Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Mohd Ridza Awang, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak, Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Datuk Yazid Arshad, Panglima Operasi Udara Markas Pemerintahan Operasi Udara Lt Jeneral Datuk Mohammad Salleh Osman.
Penerima SIMP lain ialah Panglima Bantuan Udara Markas Pemerintahan Bantuan Udara Lt Jeneral Datuk Muhamad Norazlan Aris, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Azimah Abdul Hamid dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Datuk Dayang Fatimah Tom Abang Saufi.
Sementara itu, 23 lagi menerima darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk antaranya Penasihat Undang-Undang Pahang Saiful Edris Zainuddin, Pengarah Urusan One Builtwell Wan Putera Shahril Wan Shalihudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Dr Zulkifle Ali, CEO Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Ahmad Hairi Hussain.
Penerima lain ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim, bekas Setiausaha Polis Datuk Othman Nanyan, KP Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Ibrahim Ismail, KP Jabatan Perumahan Negara N.Jayaselan, KP Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia Dr Khairil Anwar Abu Kassim dan Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Prof Madya Dr Mohd Zawawi Zainal Abidin.
Turut menerima DSAP ialah CEO Institut Penyelidikan dan Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Dr Gerald Sundaraj, KP Latihan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional Mejar Jeneral Mohd Azmi Mohd Yusoff, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Markas Pendidikan dan Latihan Udara Mejar Jeneral Mohd Shahada (repeat: Shahada) Ismail, Asisten Ketua Staf Kejuruteraan Markas Tentera Udara Mejar Jeneral Mohamad Razip A.Samad.
Penerima lain ialah Asisten Ketua Staf Material Markas Tentera Udara Mejar Jeneral Zainal Abdul Manaf, Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat Mejar Jeneral Zaidan Atan, Pemimpin Veteran DAP yang juga bekas Ahli Dewan Undangan di Pahang Leong Ngah Ngah, Ketua AMANAH Temerloh Syed Hamid Syed Mohamed dan bekas Timbalan KSU Kementerian Alam Sekitar dan Air Azizah Ariffin.
Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 57 penerima antaranya Juruiring Tentera Laut Yang di-Pertuan Agong Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim, bekas KP Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Datuk Dr Mohammad Naim Yaakub, Timbalan Setiausaha Badan Amal Kasih Sayang (BAKASA) Datin Che Norsiah Mohammad, Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Pahang Hafizah Zakaria.
Turut dianuerahkan DIMP ialah CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Mohd Faizal Jaafar, CEO Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus Harizah Hassan, Pegawai Pelaburan Perniagaan Negeri Pahang Kamarul Arifin Ahmad, CEO Pahang Corporation Sdn Bhd Mohd Khusaini Harumaini dan CEO Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Baidzawi Che Mat.
Turut menerima DIMP ialah Juruiring Tentera Darat Yang di-Pertuan Agong Brigedier Jeneral Sharizan Wan Chik, Penasihat Ketenteraan kepada Menteri Kanan Pertahanan Brigedier Jeneral Khairul Anuar Abd Aziz, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 Brigedier Jeneral Abdul Halim Abu Hassan, Juruiring Polis Yang di-Pertuan Agong SAC Azry Akmar Ayob, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC S. Suresh Kumar, bekas Pengarah Pendidikan Pahang Zaimi Abu Bakar dan bekas Pengarah Kastam Pahang Maimon Zaid.
Penerima lain ialah Pengarah Operasi Gading Kasturi Sdn Bhd Mejar (B) Mohd Nazri Nazarudin, CEO Maybank Investment Bank Fad'l Mohamed, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnis Malaysia (MyBHA) Emmy Suraya Hussein dan pesara guru Kabtiah Zakariah yang pernah mendidik Tengku Hassanal pada sesi persekolah di Sekolah Rendah St Thomas di Kuantan.
Pada istiadat itu, Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada lima penerima, darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada empat penerima, darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada tiga individu, darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada tujuh penerima, Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada empat penerima manakala seorang individu dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021
![Hamzah, Saifuddin dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang Hamzah, Saifuddin dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639470499_PemangkuRajaPahang.jpg)
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692434880_HannahYeoh.jpg)
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara.
![Setiap pingat Sukan Olimpik Paris mempunyai cebisan Menara Eiffel Setiap pingat Sukan Olimpik Paris mempunyai cebisan Menara Eiffel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707445116_TBSetiapPingatj.jpg)
Setiap pingat Sukan Olimpik Paris mempunyai cebisan Menara Eiffel
Keputusan meletakkan logam Menara Efifel pada pingat dibuat bagi menawarkan keunikan yang hanya boleh ditawarkan oleh Paris.
![Agong berkenan kurnia 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat Agong berkenan kurnia 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704779111_TBYDPA.jpg)
Agong berkenan kurnia 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini.
![Sultan Nazrin berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 213 penerima Sultan Nazrin berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 213 penerima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700286148_SultanNazrinShah.jpg)
Sultan Nazrin berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 213 penerima
Seramai 238 penerima dikurniakan darjah kebesaran dan pingat bersempena dengan hari keputeraan baginda yang disambut pada 3 Nov.
![Ayob Khan dahului terima darjah, pingat polis daripada Agong Ayob Khan dahului terima darjah, pingat polis daripada Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698740980_AyobKhanMydin.jpg)
Ayob Khan dahului terima darjah, pingat polis daripada Agong
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
![Sukan Asia: Muhammad Azeem optimis bawa pulang pingat Sukan Asia: Muhammad Azeem optimis bawa pulang pingat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663495661_MuhammadAzeem.jpg)
Sukan Asia: Muhammad Azeem optimis bawa pulang pingat
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem yakin mampu melakar kejayaan membanggakan dengan membawa pulang pingat pada Sukan Asia 2022.
![Sukan SEA: Malaysia kekal di tangga ketujuh walau raih enam emas Sukan SEA: Malaysia kekal di tangga ketujuh walau raih enam emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683755032_Pungutanpingatsuk.jpg)
Sukan SEA: Malaysia kekal di tangga ketujuh walau raih enam emas
Kontinjen negara kekal berada di kedudukan ketujuh dengan kutipan keseluruhan 21 emas, 22 perak dan 42 gangsa.
![Tampil semangat juang tinggi di Sukan SEA Kemboja - Jurulatih silat negara Tampil semangat juang tinggi di Sukan SEA Kemboja - Jurulatih silat negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683205473_Pasukanpencaksilat.jpg)
Tampil semangat juang tinggi di Sukan SEA Kemboja - Jurulatih silat negara
Barisan pesilat negara perlu menampilkan semangat juang tinggi ketika beraksi di Sukan SEA Kemboja yang bermula secara rasmi hari ini.
![Sukma: Johor tunggu masa disahkan selaku juara keseluruhan Sukma: Johor tunggu masa disahkan selaku juara keseluruhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663882473_Atletpelumbaberbas.jpg)
Sukma: Johor tunggu masa disahkan selaku juara keseluruhan
Kontinjen Johor kian hampir disahkan sebagai juara keseluruhan selepas unggul di tangga teratas kedudukan pingat dengan 69 emas, 39 perak dan 39 gangsa.
![Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660003877_Senaraipemenangpin.jpg)
Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.