KUALA LUMPUR: Hampir 100 peratus ladang dan kilang kelapa sawit di Malaysia telah diperakui mampan di bawah skim piawaian Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sangat percaya bahawa pengeluaran yang mampan adalah jalan ke hadapan untuk industri minyak sawit.
Dalam masa yang sama, beliau menambah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) perlu
memainkan peranannya dengan berkesan dalam menyampaikan kepentingan minyak sawit kepada ekonomi dan kesejahteraan negara pengeluar.
"Kami juga komited untuk melindungi hutan, flora dan faunanya melalui pemuliharaan dan pengurusan yang lestari. Malaysia berikrar untuk mengekalkan 50 peratus daripada mercu tandanya di bawah perlindungan hutan pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio pada 1992 dan ia masih utuh.
"Sementara itu, penerbitan 'Food and Agriculture Organisation’s State of the World’s Forests (SOFO)' sejak 1990, sebanyak 22 negara, termasuk Malaysia telah berjaya meningkatkan tahap keselamatan makanan negara dan pada masa yang sama mengekalkan peningkatan litupan hutan," katanya di sini pada Rabu.
Perdana Menteri berucap ketika merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 (PIPOC 2023).
PIPOC 2023 berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 November, dan dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Kongres tersebut menghimpunkan lebih 100 penceramah terkemuka dan sekitar 2,000 peserta dari seluruh dunia sebagai platform berkongsi pandangan tentang trend semasa, cabaran, peluang dan teknologi terkini industri sawit.
Bertemakan ‘Navigating Uncertainties, Building Resilience', PIPOC 2023 melibatkan empat persidangan serentak iaitu Persidangan Pertanian, Bioteknologi dan Kemampanan; Persidangan Pemprosesan, Keselamatan Makanan dan Pemakanan; Persidangan Hiliran dan Penambahan Nilai; serta Persidangan Ekonomi dan Pemasaran Global.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf dan menghargai usaha negara pengeluar minyak sawit dalam memenuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).
Perdana Menteri menambah, kerajaan negara pengeluar minyak sawit seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand mengambil langkah agresif dan bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan tersebut.
Malah, Anwar berkata pengeluar makanan Malaysia memberi jaminan bahawa minyak sawit yang digunakan adalah selamat.
"Saya gembira kerana Perdana Menteri Thailand yang baharu (Srettha Thavisin) telah memberi jaminan bahawa Thailand akan turut serta untuk bekerjasama dengan Malaysia dan Indonesia, dan diharapkan negara-negara lain dalam membentangkan kes kami khususnya kepada EU," ujarnya.
Dalam masa yang sama, Anwar berkata rakan sejawatnya dari Belanda, Mark Rutte, dalam pertemuan baru-baru ini turut memberi jaminan untuk memahami pengeluaran minyak sawit oleh negara-negara pengeluar.
Hasimi Muhamad
Wed Nov 08 2023

Anwar berkata, Malaysia sangat percaya bahawa pengeluaran yang mampan adalah jalan ke hadapan untuk industri minyak sawit - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

LHDN tumpu pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai dan inisiatif baharu
Sistem taksir sendiri bagi duti setem dan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah serta cukai aktiviti perniagaan Labuan juga akan diberikan penekanan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya pada 10 Mac
Majlis anjuran JAKIM bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

“Ibu dan isteri, dua wanita terpenting dalam hidup saya" - Anwar
Ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan dua wanita yang penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Anwar dan Saifuddin.

PM Anwar hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abu Hanifah
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Abu Hanifah Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi di sektor swasta terlalu kecil - PM
Sektor swasta dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan digesa menilai penglibatan pekerja wanita di peringkat pengurusan tertinggi.

Program pemerkasaan wanita masih boleh dibaiki - PM
Perdana Menteri berkata berkata dasar pemerkasaan wanita dalam tempoh dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani masih boleh diperbaiki.