SHAH ALAM: Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) diminta memperhalusi cadangan untuk menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar bagi golongan berada.
Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana wujud permintaan oleh ibu bapa daripada golongan berkenaan yang berhasrat untuk menghantar anak mereka menyambung pelajaran ke institusi itu.
Menurutnya, mereka bahkan sanggup menanggung kos yang tinggi untuk ke MRSM walaupun berkemampuan menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah elit swasta antarabangsa.
“Ini kerana MRSM terbukti satu jenama yang sudah terpahat dalam minda masyarakat sebagai institusi pendidikan yang unik dan berkualiti tinggi.
“Justeru saya minta Mara dan Mara Corp untuk memperhalusi cadangan ini secara holisitk bagi memenuhi segmen masyarakat seperti ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Ujarnya, cadangan itu disuarakan beliau ketika taklimat khas daripada Mara Corp, iaitu cabang perniagaan dan pelaburan Mara pada pagi Isnin.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut berkongsi pandangan mengenai keperluan untuk Mara Corp sentiasa mencari peluang pelaburan dan perniagaan yang memberikan pulangan serta impak sosial yang tinggi, sesuai dengan mandat Mara itu sendiri.
“Pada masa sama turut menitikberatkan soal tadbir urus yang tinggi serta barakah dalam melaksanakan mandat kita.
“Saya juga mengemukakan pandangan yang saya perolehi daripada ramai pihak yang mencadangkan agar diwujudkan juga MRSM berbayar yang dirangka khas bagi segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi yang boleh diuruskan oleh Mara Corp.
“Namun saya tegaskan ia tidak sesekali boleh dikompromikan soal falsafah, orientasi dan budaya pendidikan yang menjadi ekosistem MRSM itu sendiri.“Ia termasuklah kurikulum Ulul-Albab agar kualiti dan konsistensi penyampaian terpelihara,” jelasnya.
Untuk rekod, usul pembinaan MRSM berbayar dicadangkan oleh Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun 2016.
Ismail Sabri yang memegang portfolio Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu dilaporkan berkata, beliau menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.
Bagaimanapun, pada tahun 2018, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memutuskan tidak akan meneruskan cadangan berkenaan, memandangkan ia dilihat lari daripada matlamat asal. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 20 2023
![Halusi cadangan tubuh MRSM berbayar untuk orang kaya - Asyraf Wajdi Halusi cadangan tubuh MRSM berbayar untuk orang kaya - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679306121_MaraMRSM.jpg)
Asyraf Wajdi (kanan) ketika taklimat khas daripada Mara Corp pada Isnin. -Facebook
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KKR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718080106_DebatMRSM.jpg)
Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara
Kualiti lebih 500 pendebat yang mengambil bahagian dalam Debat MRSM Se-Malaysia Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) 2024 telah meningkat dengan begitu ketara sekali.
![Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714665282_TBRAYA.jpg)
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
![Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710859713_AhmadZahidHamidi.jpg)
Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid
Pasar raya seluruh negara diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh pasar raya KK Mart.
![Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40 Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667645600_DatukAsyrafWajdiD.jpg)
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
![Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709286153_TBRAMLIMOHDNOR.jpg)
Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
![25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan 25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705616441_ASYRAFWAJDIDUSUKI.jpg)
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
![Golongan T20 hantar anak ke MRSM untuk belajar erti kesusahan Golongan T20 hantar anak ke MRSM untuk belajar erti kesusahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704230109_MohdFadzilYusof.jpg)
Golongan T20 hantar anak ke MRSM untuk belajar erti kesusahan
-Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah."
![Tiada amalan kabel, mesti lulus UKKM untuk ke MRSM - Asyraf Wajdi Tiada amalan kabel, mesti lulus UKKM untuk ke MRSM - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704229820_AsyrafWajdi.jpg)
Tiada amalan kabel, mesti lulus UKKM untuk ke MRSM - Asyraf Wajdi
MRSM tidak berkompromi dengan sebarang rayuan atau 'amalan kabel' untuk menempatkan pelajar yang gagal ujian berkenaan bagi menjamin kualiti produk MRSM.
![Tiada pelajar MRSM alami gejala keracunan makanan - Mara Tiada pelajar MRSM alami gejala keracunan makanan - Mara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698826100_TBtelorbusuk.jpg)
Tiada pelajar MRSM alami gejala keracunan makanan - Mara
Mara memaklumkan tiada pelajarnya mengalami gejala keracunan makanan setakat ini seperti yang didakwa berlaku di sebuah MRSM.
![Peruntukan RM50 juta untuk selenggara Institusi Pendidikan Mara - TPM Peruntukan RM50 juta untuk selenggara Institusi Pendidikan Mara - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683179597_selenggaraIPMA.jpg)
Peruntukan RM50 juta untuk selenggara Institusi Pendidikan Mara - TPM
Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk projek naik taraf dan baik pulih Institut Pendidikan MARA (IPMA) tahun ini, dengan separuh daripadanya untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).