KOTA KINABALU: Peningkatan pemberian khas kepada RM300 juta daripada Kerajaan Persekutuan adalah petunjuk jelas bahawa kerajaan negeri kini berada di landasan betul ke arah mendapatkan hak Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah menyambut baik keputusan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.
"Ini adalah penyelesaian sementara dan seperti yang disebutkan oleh Fadillah, rundingan masih diteruskan dengan jawatankuasa berasingan bagi menentukan serta memuktamadkan formula untuk pemberian khas kepada kedua-dua negeri di Kepulauan Borneo dalam tempoh setahun," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulangi pendirian kerajaan negeri bahawa Sabah tidak pernah melepaskan hak 40 peratus hasil bersih dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dan akan terus berjuang untuk mendapatkan pemberian khas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Perkara 112D (Perlembagaan Persekutuan) memperuntuk formula dan semakan semula hak 40 peratus ke atas hasil bersih yang diperoleh Persekutuan yang berasal dari Sabah," katanya.
Selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 itu semalam, Fadillah berkata Sabah dan Sarawak akan menerima pemberian khas sebanyak RM300 juta daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.
Ini menyaksikan peningkatan sebanyak RM40 juta kepada Sabah berbanding jumlah RM260 juta yang diumumkan oleh Putrajaya pada Januari lepas, yang akan dibayar secepat mungkin, kata Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa MA63.
Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony pula berharap pemberian khas itu akan digunakan sebaik mungkin bagi mengatasi masalah infrastruktur dan kemudahan asas di Sabah.
Beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan negeri menyelesaikan secara agresif masalah yang dihadapi Sabah antaranya jalan raya rosak, bekalan air dan elektrik yang sudah sekian lama menghantui penduduk serta memerlukan jalan penyelesaian menyeluruh dirancang dengan segera.
Katanya pemberian khas itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjaga kepentingan Sabah serta Sarawak, dan pihaknya yakin Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar mampu menyelesaikan tuntutan negeri berkenaan dalam MA63.
"Begitu banyak sekali inisiatif yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri untuk kebaikan Sabah dan juga Sarawak. Peruntukan RM300 juta yang diumumkan adalah penyelesaian bersifat interim, saya yakin usaha kita untuk dapatkan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan kini berada di landasan betul," katanya.
Bagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, peruntukan itu merupakan langkah tepat serta mampu memberikan implikasi positif terhadap perkembangan ekonomi dan sosial masyarakat Sabah.
"Ini terutamanya menyelesaikan isu-isu pembangunan infrastruktur asas, bekalan air bersih, elektrik, jalan raya yang kritikal selain pembangunan lain yang jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain," katanya yang turut memaklumkan bahawa UMNO Sabah menyambut baik peruntukan itu.
Beliau juga berharap kerajaan negeri atau jabatan dan agensi kerajaan yang diberikan kuasa supaya menyelaras peruntukan itu secara efisien, cepat dan tepat bagi mengurangkan birokrasi kerana ia akan membantutkan usaha membangunkan Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Hajiji mengulangi pendirian kerajaan negeri bahawa Sabah tidak pernah melepaskan hak 40 peratus hasil bersih dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. - Gambar fail/Astro AWANI
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Wang, jongkong emas disita SPRM tiada kaitan dengan dana politik UMNO - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan susulan.

Pemuda UMNO sokong cadangan laksana semula sekatan perjalanan terhadap peminjam PTPTN gagal bayar
Muhamad Akmal berkata peminjam perlu bertanggungjawab dalam pembayaran hutang kepada PTPTN demi generasi akan datang.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

SPRM selesai temu bual doktor rawat Ismail Sabri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menemu bual doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor, petang tadi.

UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri - Asyraf Wajdi
UMNO akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mengaitkan parti dengan siasatan kes berkaitan Ismail Sabri

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.