KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu mengehadkan aktiviti di lokasi berisiko seperti tepi sungai pada sebelah petang berikutan ribut petir sering berlaku pada masa ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.
Beliau berkata mereka yang ingin turun ke laut atau berkunjung ke pulau peranginan pula perlu peka dengan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan MetMalaysia bagi membolehkan perjalanan dirancang sebaiknya.
"Maklumat mengenai angin kencang dan laut bergelora adalah penting bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan di laut bagi mengelak kes pelancong terperangkap di pulau peranginan. Pastikan mendapat maklumat sahih daripada MetMalaysia," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk" Amaran Awal dan Tindakan Awal" terbitan Bernama TV malam ini.
Menurut Muhammad Helmi, amaran ribut kencang dan laut bergelora boleh dikeluarkan lebih awal berbanding amaran hujan lebat dan ribut petir yang hanya dapat dikesan imej radar selepas pembentukan awan dikesan atau ribut petir sudah pun bermula di sesebuah lokasi.
Terdapat kekangan untuk keluarkan amaran ribut petir lebih awal kerana belum ada teknologi yang boleh mengesan dengan tepat di mana ribut petir akan berlaku, katanya.
Beliau berkata bagi kejadian tanah runtuh, amaran awal agak sukar dikeluarkan kerana terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku termasuk faktor geologi dan hujan lebat.
"Oleh itu penduduk di kawasan berisiko perlu sentiasa peka dengan amaran ribut petir yang dikeluarkan MetMalaysia dan perlu sentiasa mengambil tahu keadaan persekitaran mereka sebagai langkah berjaga-jaga," kata Muhammad Helmi.
Beliau berkata sempena Hari Meteorologi Sedunia esok, MetMalaysia komited untuk meningkatkan kesedaran awam supaya mereka peka dengan keadaan cuaca ekstrem, gempa bumi dan tsunami.
Pelbagai promosi kesedaran awam akan dilaksanakan kepada orang ramai untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh MetMalaysia, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Masyarakat di kawasan berisiko perlu sentiasa peka dengan amaran ribut petir yang dikeluarkan MetMalaysia. - Gambar hiasan/ Bernama
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
Taburan hujan 20 hingga 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas - METMalaysia
Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan utara serta timur Sabah dijangka menerima taburan hujan melebihi 20 hingga 40 peratus pada musim Monsun Timur Laut tahun ini.
Warga emas bina reban rakit elak ternakan dihanyutkan banjir
Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
Kelantan sudah sedia hadapi Monsun Timur Laut
Kerajaan Kelantan sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan bakal berlaku sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok hingga Mac 2025.
Ribut petir, hujan lebat dijangka di KL, lapan negeri - MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di ibu negara dan lapan negeri hingga tengah hari ini.
Hujan dijangka turun di Pahang, Terengganu petang ini
Hujan dijangka berlaku di pesisir pantai melibatkan perairan Pahang dan Terengganu pada sebelah petang.
Monsun Timur Laut dijangka bermula Selasa ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut akan bermula pada 5 November ini dan berterusan sehingga Mac 2025.
Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di KL, 11 negeri
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda 11 negeri dan ibu negara hingga pukul 7 malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Amaran ribut petir di negeri utara, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.
Ribut petir diramal landa utara tanah air esok
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok.