Had umur layak mengundi di negara ini wajar diturunkan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sekarang, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Saya sasarkan ia mampu dibuat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. Namun terlebih dahulu kita perlu ada program pendedahan politik kepada golongan muda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini malam tadi.
Syed Saddiq berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengenai bagaimana pendedahan berhubung proses demokrasi boleh diterapkan di peringkat sekolah.
Beliau berkata Malaysia harus memberi pendedahan berkaitan politik kepada pelajar di peringkat menengah atas seperti yang dilakukan di beberapa negara lain.
"Di negara-negara berkenaan, umur 17 atau 18 tahun sudah layak mengundi dan ia sudah mulakan sejak 1960-an lagi.
"Jadi kenapa di Malaysia (ada yang) berpendapat anak muda tak tahu (apa) dan melabelkan mereka ini golongan 'WeChat' sahaja," katanya.
Menurutnya, program Parlimen Belia merupakan antara contoh pendedahan politik yang boleh dimanfaatkan golongan muda dan usaha seumpama itu perlu diperkasakan dengan penglibatan lebih ramai remaja.
Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata usaha akan dibuat bagi menentukan umur maksimum bagi menganggotai persatuan belia dihadkan sehingga usia 35 tahun sahaja. -- Bernama
Bernama
Thu Jul 05 2018
Had umur layak mengundi di negara ini wajar diturunkan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sekarang, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. -Gambar fail
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee
Maszlee berkata, wacana yang menyelubungi Islam dan demokrasi sering menjadi polemik dan penuh dengan salah faham.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS
Kemajuan wanita memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat sejahtera, kata Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Profesor Maszlee Malik.
Kejayaan Nusaybah bukti rakyat Malaysia mampu cipta kejayaan di peringkat dunia
Nusaybah melakar sejarah apabila menjadi mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown baru-baru ini.
Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.
Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan
Maszlee menyifatkan teguran Perdana Menteri adalah untuk beliau kembali aktif membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta
Maszlee membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta.
Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.