IPOH :Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan supaya had maksimum bagi solat berjemaah, solat Jumaat serta solat jenazah di semua masjid dan surau ditambah mulai esok, untuk memberi peluang kepada lebih ramai jemaah.
Ia termasuk di surau-surau yang terdapat di dalam kem tentera dan polis, bangunan pejabat, institusi, universiti, maktab, sekolah, syarikat dan kilang.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, Sultan Nazrin memberi perkenan itu setelah dipersembahkan perkembangan sejak dua sesi solat Jumaat lalu serta cadangan MAIPk berlandaskan nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, di samping pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak.
Menurutnya, had maksimum ditambah kepada 120 orang jemaah dalam sesebuah masjid atau surau bagi solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah (tidak termasuk ahli jawatankuasa dan pegawai masjid atau surau).
“Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah), Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh serta Masjid Ubudiah Kuala Kangsar dan masjid-masjid utama di daerah-daerah, dibenarkan menerima had maksimum 250 orang jemaah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, masjid dan surau yang terletak dalam kawasan kem tentera dan polis, dibenarkan menerima maksimum 250 orang jemaah, seboleh-bolehnya diutamakan dan dibatasi kepada para anggota yang tinggal dalam kawasan kem berkaitan.
“Masjid dan surau yang terletak dalam kampus universiti, maktab, kolej dan politeknik, dibenarkan menerima maksimum 250 orang jemaah, seboleh-bolehnya diutamakan dan dibatasi kepada warga kampus,” ujarnya.
Mohd Annuar berkata, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) MKN dan KKM, semua aktiviti agama termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah tidak dibenarkan di masjid dan surau dalam kawasan-kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Beliau menambah, aktiviti agama berunsur ilmu dibenarkan diadakan di masjid dan surau dalam ruang waktu antara selesai solat Maghrib sementara menantikan masuknya waktu solat Isyak dan hendaklah dihentikan sebaik masuk waktu Isyak.
“Kuliah ilmu tidak melebihi 20 minit, dibenarkan untuk dianjurkan kepada jemaah yang berada dalam surau dan masjid sementara menanti azan solat Jumaat. Tidak dibenarkan sebarang acara jamuan dalam masjid dan surau termasuk di perkarangan masjid dan surau,” katanya.
Menurutnya, masjid dan surau juga diminta memperketat syarat-syarat jarak fizikal antara jemaah terutama aliran jemaah masuk dan keluar.
“Bagi memastikan jarak fizikal diamalkan dan untuk mengelak kesesakan yang diperhatikan sering berlaku ketika jemaah mencari kasut selepas selesai menunaikan solat, para jemaah dinasihatkan membawa beg menyimpan kasut yang membolehkan mereka membawa kasut ke dalam masjid dan surau,” ujarnya.
Mohd Annuar berkata, jemaah yang dibenarkan terbatas kepada warganegara Malaysia lelaki, berumur antara 16 hingga 70 tahun dan Jabatan Agama Islam Perak akan mengeluarkan garis panduan lengkap kepada semua ahli jawatankuasa serta pegawai masjid dan surau, di samping bertanggungjawab memantau pematuhan garis panduan.
Menurut beliau, Sultan Nazrin turut menzahirkan titah nasihat agar semua masjid dan surau menganjurkan solat sunat hajat secara harian, memohon ihsan dan rahmat daripada Allah agar bencana kesihatan yang sedang melanda dunia ketika ini berjaya dibendung dan kehidupan insan dapat kembali normal.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Feb 09 2021
![Had maksimum solat berjemaah di Perak ditambah mulai esok Had maksimum solat berjemaah di Perak ditambah mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602053337_solatjumaat.jpg)
Had maksimum ditambah kepada 120 orang jemaah dalam sesebuah masjid atau surau bagi solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah (tidak termasuk ahli jawatankuasa dan pegawai masjid atau surau). - Gambar hiasan
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
![Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664882348_solatsolatjenazah.jpg)
Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco
Selain itu, solat sunat hajat turut ditetapkan pelaksanaannya selepas solat fardu maghrib.
![Gempa Turkiye: Mangsa terperangkap di bawah runtuhan minta air untuk dirikan solat Gempa Turkiye: Mangsa terperangkap di bawah runtuhan minta air untuk dirikan solat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675902997_oldmanwantswater.jpg)
Gempa Turkiye: Mangsa terperangkap di bawah runtuhan minta air untuk dirikan solat
Warga emas itu meminta air bagi mendirikan solat dalam keadaan masih terperangkap kerana tidak mahu meninggalkan kewajipan itu
![Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659780275_TBSURAUBERGERAK.jpg)
Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat
Kemudahan bas yang berfungsi sebagai surau itu memberi ruang kepada para peniaga untuk mendirikan solat di lokasi perniagaan tertentu.
![Negeri Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok Negeri Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648941977_solatsunattarawih.jpg)
Negeri Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau berkuat kuasa esok.
![Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653734991_Trendsolatdengank.jpg)
Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad
Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.
![Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61651160995_TBSHARIFAHZARINA.jpg)
Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia
Bapa penyanyi tanah air, Zarina Al-Qadry iaitu Wan Hassan Syed Jamil Alqadry Aljilani meninggal dunia pada Khamis malam.
![Rumah macam taska, ramainya nak belajar puasa dengan Ozlynn! Rumah macam taska, ramainya nak belajar puasa dengan Ozlynn!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650242378_jozlynnhanania.jpg)
Rumah macam taska, ramainya nak belajar puasa dengan Ozlynn!
Bukan hanya berpuasa, bahkan kesemua anak-anak pasangan ini sudah diajar mengerjakan solat sejak mereka kecil.
![Persiapan sambut tarawih pertama berjalan lancar Persiapan sambut tarawih pertama berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41648872136_SediaSolatTerawih.jpg)
Persiapan sambut tarawih pertama berjalan lancar
Pihak pengurusan masjid telah melaksanakan persiapan awal seperti melakukan sanitasi dan pembersihan kawasan ruang solat.
![P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621751433_solatsolatjenazah.jpg)
P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini.
![Ilmu Fiqh bencana, bantu orang ramai solat ketika musibah - Raja Muda Perlis Ilmu Fiqh bencana, bantu orang ramai solat ketika musibah - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81625021206_TuankuSyedFaizuddin.jpg)
Ilmu Fiqh bencana, bantu orang ramai solat ketika musibah - Raja Muda Perlis
Orang ramai perlu didedahkan dengan ilmu Fiqh bencana, agar mereka lebih bersedia menunaikan tanggungjawab solat ketika berhadapan dengan musibah.