KUCHING: Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie menggesa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) membuat kajian segera mengenai habitat buaya di beberapa kawasan panas di negeri itu.
Jelasnya, tragedi bersiri serangan reptilia itu yang meragut dua nyawa dalam tempoh dua hari di Kampung Kangka, Lundu dan Kampung Trombol, Kuching perlu diambil serius oleh pihak berkuasa.
“Kajian segera ini penting untuk mengenalpasti faktor yang menyebabkan tragedi serangan reptilia ini, adakah ia berpunca kerana habitat terancam atau ekologi terganggu menyebabkan reptilia ini masuk ke kawasan sungai penempatan manusia?
“Atau mungkinkah juga kerana bilangan reptilia itu sudah mencapai jumlah yang banyak kerana berdasarkan maklumat daripada penduduk kampung yang mendakwa terdapat 40 hingga 50 ekor buaya boleh dilihat pada waktu malam di sungai belakang rumah mereka,” katanya selepas menziarahi keluarga mangsa serangan buaya di Kampung Nyabut dan Kampung Kangka baru-baru ini.
Syed Hamzah menegaskan, SFC perlu menjalankan operasi menangkap buaya secara besar-besaran jika jumlahnya meningkat dengan banyak sekaligus mengelak tragedi sama berulang.
“Operasi ini boleh dilakukan kerana buaya di Sarawak bukan lagi disenarai sebagai haiwan liar yang dilindungi apabila Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perdagangan Flora dan Fauna Terancam (CITES) di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2016 telah membenarkan buaya di Sarawak diburu untuk tujuan komersial.
“Berdasarkan perangkaan yang dibuat pada 2016 sebanyak 13,500 ekor buaya dikenalpasti mendiami lebih 40 sungai utama di Sarawak dan jumlah itu agak membimbangkan berikutan konflik antara reptilia itu dengan manusia yang kerap tercetus,” katanya.
Pada 21 Mei lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikhuatiri diserang buaya dalam kejadian di Kampung Nyabut Telaga Air.
Ia merupakan kes kedua melibatkan reptilia ganas itu di Sarawak dalam tempoh tiga hari selepas kes pertama di Kampung Kangka kira-kira 30 minit perjalanan dari Telaga Air.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue May 24 2022
![Habitat terancam mungkin punca serangan buaya bersiri di Sarawak Habitat terancam mungkin punca serangan buaya bersiri di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71596239894_buaya.jpg)
Berdasarkan perangkaan yang dibuat pada 2016 sebanyak 13,500 ekor buaya dikenalpasti mendiami lebih 40 sungai utama di Sarawak. - Foto BERNAMA
![Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738838225_DzulkeflyAhmad.jpg)
Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738837536_ZaynRayyan.jpg)
Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.
Kemboja sasar pertingkat sektor setaraf piawaian Bank Dunia
Chanthol menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan yang berkaitan dan meminta sokongan Bank Dunia dalam menambah baik sektor logistik Kemboja.
![Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738835746_rasuah.jpg)
Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Seorang pegawai penguat kuasa direman bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita
Dasar fleksibel pacu pertumbuhan ekonomi Vietnam
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
![Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738837483_TBCourtHammer.jpg)
Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Malaysia bersedia untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi yang mendesak dengan menggariskan tiga keutamaan, sekaligus menafikan Kepengerusian ASEAN tidak mempunyai panduan dan hala tuju yang jelas.
Visi Komuniti ASEAN bakal dilancarkan
Ia yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau yang bersepadu dari aspek politik, ekonomi dan sosial, seterusnya menjadi contoh kepada dunia.
Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
Buat masa ini terdapat 19 projek menaik taraf perparitan yang sedang dijalankan, dengan enam lagi dijangka dimulakan tahun ini.
![Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733140911_TBbuaya.jpg)
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.
![Buaya baham kanak-kanak perempuan ditembak mati Buaya baham kanak-kanak perempuan ditembak mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720601158_buaya.jpg)
Buaya baham kanak-kanak perempuan ditembak mati
Reptilia berukuran 4.2 meter yang membaham seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada awal Julai lalu ditembak mati pihak berkuasa Australia.
![Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715840159_TBSungaiMalim.jpg)
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
![Bot terbalik, nelayan dipercayai dibaham buaya Bot terbalik, nelayan dipercayai dibaham buaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683954268_buaya.jpg)
Bot terbalik, nelayan dipercayai dibaham buaya
Sekurang-kurangnya seorang nelayan dikhuatiri dibaham buaya selepas bot dinaiki terbalik di pantai Kampung Makuau, Tungku, di sini, Jumaat malam.
![Hilang ketika memancing, anggota badan warga emas ditemui dalam perut 2 buaya Hilang ketika memancing, anggota badan warga emas ditemui dalam perut 2 buaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683096203_Buaya.jpg)
Hilang ketika memancing, anggota badan warga emas ditemui dalam perut 2 buaya
Anggota badan seorang lelaki warga Australia yang hilang ketika memancing bersama rakan-rakannya ditemui di dalam perut dua ekor buaya.
![Warga emas cedera digigit buaya ketika ambil wuduk Warga emas cedera digigit buaya ketika ambil wuduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678595451_buaya.jpg)
Warga emas cedera digigit buaya ketika ambil wuduk
Kejadian pada pukul 7.25 petang itu berlaku ketika beliau sedang mengambil wuduk menggunakan air paya untuk menunaikan solat Maghrib.
![Abang parah, adik cedera diserang buaya Abang parah, adik cedera diserang buaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675777727_buaya.jpg)
Abang parah, adik cedera diserang buaya
Dua beradik lelaki cedera akibat diserang buaya dalam kejadian di tebing Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak, di sini, pada Isnin.
![Lagi serangan buaya di Lahad Datu, kanak-kanak 7 tahun parah Lagi serangan buaya di Lahad Datu, kanak-kanak 7 tahun parah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670597941_mangsaseranganbuay.jpg)
Lagi serangan buaya di Lahad Datu, kanak-kanak 7 tahun parah
Selepas satu kejadian serangan buaya sehingga menyebabkan kematian di sini minggu lalu, hari ini seorang lagi kanak-kanak nyaris maut diserang reptilia berkenaan.
![Waspada aktiviti di air, elak bertembung dengan sang buaya! - JBPM Sarawak Waspada aktiviti di air, elak bertembung dengan sang buaya! - JBPM Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610702886_buaya.jpg)
Waspada aktiviti di air, elak bertembung dengan sang buaya! - JBPM Sarawak
Penurunan aktiviti air melibatkan operasi perkapalan, feri dan nelayan secara semula jadi mendorong buaya untuk kembali aktif.
![Mayat ditemui tanpa kaki dan tangan dipercayai dibaham buaya Mayat ditemui tanpa kaki dan tangan dipercayai dibaham buaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578576733_bahamBuaya.jpg)
Mayat ditemui tanpa kaki dan tangan dipercayai dibaham buaya
Mangsa yang kenali sebagai Binyonjinnul,36 tahun ditemukan anggota bomba berserta bantuan orang awam kira-kira 600 meter dari tempat lelaki itu dipercayai hilang.