Telur dan ayam pedaging di pasaran adalah dikeluarkan oleh pengusaha dan penternak di negeri yang bebas sepenuhnya daripada virus Highly Pathogenic Avian Influenza (H5N1), menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Sehubungan itu, telur dan daging ayam di pasaran adalah selamat dimakan, menurut JPV dalam kenyataan hari ini.
"Setakat ini juga tiada kes jangkitan virus itu dikesan dalam kalangan manusia," katanya.
Pada 6 Mac lalu kes H5N1 dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, apabila beberapa ekor ayam kampung yang mati, disahkan positif virus berkenaan.
Kerajaan negeri Kelantan kemudian mengisytiharkan wabak berkenaan sebagai bencana negeri berikutan wabak itu merebak di dua lagi jajahan iaitu Bachok dan Pasir Puteh.
Menurut JPV, unggas di negeri-negeri lain kekal bebas daripada virus itu dan berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi.
"Semua negeri yang bebas sedang melakukan pemantauan (survelan) aktif serta kawalan pergerakan unggas di jalan masuk ke negeri masing-masing," katanya.
Menurutnya, setakat semalam sebanyak 35 lokasi disahkan positif virus H5N1 di Kelantan termasuk satu lokasi baharu dikesan positif virus berkenaan iaitu di jajahan Bachok.
"Secara keseluruhan 35 lokasi disahkan positif virus H5N1 di enam jajahan iaitu 15 lokasi di Kota Bharu, Pasir Mas (enam), Tumpat (empat), Tanah Merah (satu), Bachok (enam) dan Pasir Putih melibatkan 49 premis," katanya.
Menurut JPV, operasi pelupusan telah dijalankan di 24 lokasi dan masih diteruskan di lokasi lain melibatkan 54,285 ekor ternakan unggas dan 16,104 biji telur.
Pasukan petugas pelupusan digerakkan dengan segera untuk menangkap dan melupuskan kesemua unggas di dalam 1 kilometer radius dari setiap lokasi yang dikesan penyakit.
"Ternakan unggas yang dilupuskan tidak bermaksud ternakan tersebut berpenyakit tetapi ia perlu dilupuskan bagi membentuk 'buffer' (penampan) bagi mengelak daripada merebak.
"Pada masa yang sama, pasukan pemantauan aktif digerakkan di kawasan 1 hingga 10km radius dari setiap lokasi kejadian penyakit," menurut kenyataan itu.
Selain itu, langkah-langkah tambahan dikuatkuasakan termasuk pembasmian kuman di premis yang dijangkiti, kawalan pergerakan dan kuarantin zon jangkitan selama 42 hari.
"Wabak ini sedang dikawal di dalam radius 30km dari lokasi Kampung Pulau Tebu yang melibatkan enam jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Bachok.
"Keadaan adalah terkawal dan terhad kepada kawasan yang dijangkiti melibatkan ayam kampung dan penternak kecil-kecilan sahaja," menurut JPV.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2017
Operasi pelupusan telah dijalankan di 24 lokasi dan masih diteruskan di lokasi lain melibatkan 54,285 ekor ternakan unggas dan 16,104 biji telur. - Gambar hiasan/Flickr
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC
Siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.
Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar
Semua koperasi di negara ini digalakkan terlibat dalam sektor ternakan dan import ayam dalam memastikan bekalan dengan harga lebih murah dapat diberikan kepada rakyat.
Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli
Permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik.
Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813
Seorang lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.
Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco
Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.
Harga ayam dan Akta Persaingan 2010
Saban tahun kita disajikan dengan harga ayam yang meningkat naik terutamanya ketika musim perayaan. Dimana puncanya? Apa pula peranan Akta Persaingan 2010?