Seorang guru wanita cedera dileher akibat ditikam seorang lelaki di kawasan letak kereta berhampiran sebuah restoran di Batu 4 dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP, Zabidi Mohd Zain kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang ketika guru berusia 27 tahun itu sedang memparkir keretanya sebelum membeli makanan di restoran tersebut.
"Belum sempat guru itu keluar dari keretanya, seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau muncul di tepi pintu bahagian pemandu kereta itu dan menyuruhnya duduk di sebelah kiri kereta tersebut.
"Guru itu menjerit meminta tolong yang menyebabkan lelaki itu bertindak menikam lehernya sebelum melarikan diri, katanya hari ini.
Zabidi berkata guru itu pada mulanya memandu keretanya ke kawasan hadapan restoran itu untuk meminta pertolongan, namun orang ramai yang berada di situ tidak memperdulikannya.
Mangsa kemudiannya memandu keretanya balik ke rumah di mana dia dibawa ke hospital oleh rakan serumahnya, katanya.
Beliau berkata pihak polis sedang menjejaki suspek yang berumur lingkungan 20-an.
Kes disiasat kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Bernama
Fri Sep 02 2016
Seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau muncul di tepi pintu bahagian pemandu kereta. - Gambar hiasan
PM Anwar sampaikan ucaptama Pembukaan CIIE ke-7
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 (CIIE ke-7).
Masa Depan Tenaga Hijau Malaysia: Peranan BESS dalam Peralihan Tenaga
Dalam video ini, kami membincangkan bagaimana Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) semakin penting dalam sektor tenaga hijau Malaysia. Dengan matlamat mencapai 70% tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk memanfaatkan potensi BESS. Kami juga akan mendengar pandangan daripada Pengarah Eksekutif, Bahagian Tenaga, Citaglobal Berhad, Aimi Aizal Nasharuddin mengenai peranan BESS dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 November 2024
1️⃣ PM di Shanghai hadiri CIIE ke-7
2️⃣ Menjelang PRN Sabah
3️⃣ Polis KL tawar diskaun bayar saman
#awaniringkas
1️⃣ PM di Shanghai hadiri CIIE ke-7
2️⃣ Menjelang PRN Sabah
3️⃣ Polis KL tawar diskaun bayar saman
#awaniringkas
Neymar cedera lagi!
Ini merupakan hanya penampilan kedua pemain berusia 32 tahun itu selepas pulih sebelum kembali mengalami kecederaan.
WUF12: Apa yang menarik di World Urban Forum Ke-12?
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop kini berada di Kaherah, Mesir bersempena dengan World Urban Forum 2024. Apa yang menarik? Perkongsian bersama Ketua Komunikasi UN-Habitat, Katerina Bezgachina.
Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman.
Memahami Pendapatan Wajar di Malaysia: Perspektif Pakar
Dalam video ini, kami akan membincangkan topik penting mengenai pendapatan wajar di Malaysia bersama Mohammad Abdul Hamid, Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi di IKRAM dan Pensyarah Ekonomi Tingkah Laku di UM. Kami akan menyentuh isu-isu seperti kesedaran awam dan ketelusan dalam metodologi DOSM, kesaksamaan sosioekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar, serta bagaimana data ini boleh memandu dasar dan intervensi kerajaan. Sertai kami untuk memahami lebih lanjut tentang bagaimana penanda aras seperti PAKW ditentukan dan peranannya dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Banjir Sepanyol: PM Anwar sampaikan rasa simpati
Anwar Ibrahim menyampaikan rasa simpati beliau kepada orang ramai di Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
Guru wanita di Sandakan cedera akibat ditikam
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang ketika guru berusia 27 tahun itu sedang memparkir keretanya.