ALOR SETAR: Seorang guru agama maut dalam nahas di Kilometer 91.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Nasuha Mustaffa, 34, berasal dari Kampung Alor Melintang Mukim Gunong, Alor Setar.
Menurut Zaidy, dalam kejadian jam 8.35 pagi itu, mangsa yang juga guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah sedang menunggang motosikal bersendirian dari arah utara menghala ke selatan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang sedang bergerak di lorong kecemasan hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan.
“Akibat pelanggaran itu mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk ujian COVID-19 dan bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Dec 27 2022

Nahas dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang sedang bergerak di lorong kecemasan hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan. - Foto PDRM

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Guru sekolah agama maut motosikal terbabas langgar penghadang jalan
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang sedang bergerak di lorong kecemasan hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan.

Lima guru agama maut dalam kemalangan selepas bercuti di Malaysia
Lima orang guru agama maut dan lapan lagi cedera dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di Malaysia.

Guru agama maut, lima anak murid cedera parah kereta bertembung lori di Pontian
Seorang guru sekolah rendah agama maut manakala lima anak muridnya cedera parah apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori dekat Pontian, Johor.